Jom terus MEMBACA...


Mahasiswa merupakan golongan yang akan memimpin dan menerajui kepimpinan sesebuah Negara pada zaman akan datang. Persedian yang perlu dan wajib dibuat adalah dengan pengetahuan melalui pengalaman dan pembacaan. Medium yang biasa di gunakan ialah melalui pembacaan menerusi laman web, surat khabar, majalah dan banyak lagi. Fokus kita adalah pembacaan melalui medium buku.Khususnya mahasiswa Al-Azhar, yang rata-rata hanya mengfokuskan budaya pembacaan pada kitab kuliah.Sedangkan kalau kita lihat, bumi ardil kinanah ini merupakan bumi yang pernah melahirkan ulamak2 yang tersohor di dunia pada suatu masa dahulu, yang di mana ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka sangat luas untuk di buat perbandingan dengan kelahiran mahasiswa masa kini yang hanya tertumpu pada kitab kuliah yang telah ditentukan silibus pembacaannya oleh doctor atau dotorah.Terlalu sikit manfaatnnya jika tidak di beri peluang kepada diri untuk membuka helaian pada buku2 atau kitab2yang lain.

Mengikut penghayatan kita mengenai sejarah buku bermula dalam kehidupan seorang manusia, apabila orang Mesir sendiri yang mencipta kertas papirus pada tahun sekitar 2400 S.M. Adapun kertas papirus yang ditulis tulisan ini digulungkan untuk menjadi “skrol” (scroll), dan diyakini merupakan bentuk buku yang paling awal.

Buku memasuki satu era yang baru apabila industri kertas menjadi mantap. Kertas dipercayai muncul di Negara Cina seawal-awalnya pada 200 S.M, selepas itu teknologi ini dibawa oleh pedagang Muslim ke Eropah sebelum abad ke-11. Dengan adanya kertas, penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mempunyai ciri-ciri mudah disimpan dan juga tahan lama.

Amalan membaca buku tambahan dikalangan para mahasiswa di universiti khususnya mahasiswa aktivis ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan para pelajar universiti di luar Negara lain seperti Jepun , orang Jepun sangat suka membaca. Bahan2 bacaan mereka terlalu banyak, dan sangat murah, berbanding dengan kita selaku mahasiswa Islam. Secara purata mahasiswa kita hanya membaca 12 buah buku selama tiga tahun pengajian. Dapat kita fahami bahawa mahasiswa sangat lemah dalam pembacaan. Dalam tiga tahun tempoh pengajian puratanya 4 buah buku setahun. Perkara ini dilihat amat memalukan kerana mahasiswa aktivis di kategorikan sebagai generasi atau golongan intelek yang berpengetahuan luas di mata masyarakat.

Budaya suka membaca di Jepun ini pula, sudah ditanam ke dalam diri anak-anak kecil mereka seawal mereka boleh membaca di peringkat ‘Hoiku-en’ atau ‘Yochi-en’ lagi. Pra-sekolahlah tu. Mereka dibekalkan dengan buku2 cerita, tiap satunya akan ada sekeping muka surat khas di belakang buku, yang dipenuhi gambar yang berulang. Sekali anak itu selesai membaca satu buku, mereka disuruh mewarna satu gambar tadi. Maka berlumbalah anak2 ini membaca sebanyak kali mungkin, sekerap yang boleh, supaya selesai seluruh gambar itu diwarnakan, lalu mereka beralih ke buku yang lain pula.

Sebagai orang Mahasiswa Islam, kita seharusnya peka dengan kekurangan ini. Kerana Islam menggalakkan mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah: “Bacalah…”.Jika kita melihat dalam konteks Sejarah kehidupan sarjana awal Islam suatu masa dahulu, pendedahan mereka adalah tertumpu kepada masyarakat yang banyak membaca.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat: 852H) ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis.

Fairuz Abadi (wafat: 817H) dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.

Imam Syafie (wafat: 204H) dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya. Apabila membaca muka surat sebelah kiri, beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat membaca.

Jadi,seharusnya kita yang selalu di gembar gemburkan sebagai mahasiswa aktivis islam seharusnya lebih peka mengenai budaya membaca.Bagaimana untuk membuat satu perubahan kepada masyarakat jika kita tidak ada ilmu pengetahuan yang luas mengenai kondisi sesebuah masyarakat.Dan pengalaman yang di timba seharusnya di ambil bagi melengkapkan package kita selaku perubah masyarakat.Antara 2 elemen penting yang harus ada iaitu Pengalaman dan Pembacaan. Kempen Membaca yang telah di anjurkan oleh PMRAM pada bulan September yang lepas seharusnya di teruskan secara tidak langsung, bagi mahasiswa yang merasakan kepentingan dalam membudayakan pembacaan.

Belajar mengambil manfaat dalam setiap pembacaan kita.Pastikan kamus sentiasa berada di sisi jika membaca buku dalam bahasa arab.Tidak susah untuk mempraktikkan jika timbul keinginan yang tinggi untuk melakukannya.

P/S : Membaca juga boleh memupuk budaya berfikir secara kreatif dalam melontarkan idea dan pandangan. :)

Fikrah yang jelas bakal membentuk jatidiri mahasiswa - Presiden PMRAM

Sumber : www.pmram.org

MANSURAH 18 Oktober - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menegaskan bahawa PMRAM merupakan sebuah gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti dan program berdasarkan garis panduan syarak.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli PMRAM sama ada di Kaherah mahupun di setiap cawangan untuk bersama-sama membantu agenda pembawakan PMRAM pada sesi ini.

Beliau menyatakan bahawa, fikrah yang jelas bakal membentuk jatidiri dan integriti sebagai seorang mahasiswa Islam. Sebab itulah antara fokus pembawakan PMRAM pada sesi ini adalah "Mengembalikan Identiti Akhlak Islamiyah".

Katanya, sikap menjaga hak dan maruah sebagai seorang mahasiswa Islam merupakan identiti akhlak islamiyah yang perlu dikembalikan dalam jiwa umat islam. Mahasiswa Islam bukanlah orang yang mudah dipermainkan dan diperbodohkan.

"Islam mengajar kita untuk menjaga hak dan maruah. Orang yang membiarkan hak dan maruahnya dicabuli adalah orang yang dayus. Mereka ini dikeji oleh syarak. Sebab itulah PMRAM serius membentuk fikrah yang sebenar dalam jiwa mahasiswa Islam". Ujar beliau ketika menyampaikan amanat emas.

Seramai hampir 70 mahasiswa dan mahasiswi yang hadir ketika ramah mesra bersama Badan Pengurus dan HEWI PMRAM di Dewan Zajlatul Abidah, Mansurah.

Justeru, tambahnya PMRAM mempunyai wawasan yang panjang dan jauh. Bukan hanya sekadar di Mesir sahaja bahkan kesinambungan PMRAM di Malaysia adalah Islam.

Ini, katanya kerana agenda pembawakan PMRAM adalah bagi mencari redho Allah SWT.

"Segala aktiviti dan program yang PMRAM anjurkan adalah bagi menampakkan wajah Islam yang sebenar. Justeru, kita akan memahami kehendak syarak dengan kita melibatkan diri pada aktiviti persatuan" tegas beliau dalam ucapan penutup.

Ramah mesra yang diadakan di Mansurah itu berakhir pada jam 3.50 petang.

Kekurangannya MELENGKAPI...


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan, menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat, dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

http://seutastasbih.blogspot.com/2010/09/bengkoknya-wanita.html

“5S” Memacu Pentadbiran Sesebuah Organisasi

Sistem 5S merupakan satu sistem yang menggunakan alat peningkatan produktiviti yang diperkenalkan di Jepun oleh Dr. Thuchiya Bermula pada tahun 1986 bila mana pertama kalinya 5S telah diperkenalkan di Singapura.

Dan seharusnya sesebuah organisasi atau badan persatuan mempraktikkan sistem ini.Kemahiran pengurusan merupakan asas pengetahuan yang perlu bagi membolehkan fungsi sesebuah organisasi dapat di laksanakan dengan berkesan.Sebagai seorang penggerak yang akan memacu sebuah pentadbiran haruslah melaksanakan elemen-elemen pengurusan yang berkesan seperti perancangan, pengorganisasian, dorongan, pengawalan, penyelarasan dan teknik membuat satu pokok keputusan.

Antara salah satu tanggungjawab penggerak yang akan memacu sebuah pentadbiran ialah dengan mewujudkan pengurusan kepejabatan yang berkesan dengan menyusun program dengan teratur dan kemas kini.

Sistem 5S yang terkenal di Jepun ini juga merupakan salah satu teknik pendekatan berkesan yang telah di laksanakan di sana, dalam memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan persekitaran tempat kerja.Dan ianya juga merupakan satu metodologi/ pendekatan bersistematik amalan penjagaan kebersihan tempat kerja dengan menyusun, membersih, membangunkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang produktif Berdasarkan prinsip “ TEMPAT UNTUK SEMUA DAN SEMUANYA DI PADA TEMPATNYA” Amalan 5S adalah program menyeluruh yang melibatkan semua dalam organisasi.

Antara sebab harus mempraktikkan system yang popular ini ialah :

  • Untuk menghasilan tempat kerja yang bersih dan lebih tersusun
  • Dan hasilnya nyata kepada semua – orang luar pejabat dan orang dalampejabat
  • Hasilnya nyata dengan dapat meningkatkan lebih banyak idea baru
  • Semua orang akan lebih berdisiplin
  • Operasi di pejabat lebih senang dan selamat
  • Menjadi kebanggaan semua orang kerana tempat kerja yang bersih dan tersusun
  • Meningkatkan imej sesebuah organisasi


Istilah 5S ialah antaranya :

Bahasa Jepun

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Makna

SEIRI

SORT

SISIH

ORGANIZATION

SEITON

SET IN ORDER

SUSUN

NEATNESS

SEISHO

SHINE

SAPU

CLEANING

SEIKETSU

STANDARDIZE

SERAGAM

STANDARDIZE

SHITSUKE

SUSTAIN

SENTIASA

DICIPLNE

Hasil amalan 5S yang telah di laksanakan di Jepun mampu melahirkan pekerja yang berdisiplin.Antara faktor kejayaan mereka ialah,mereka dapat mengekalkan sokongan dan komitmen yang berterusan antara mereka,kerana amalan 5S bermula dengan pendidikan dan latihan.Dan hasilnya semua orang dapat mengamalkannya dan tiada yang memerhati sahaja.

Melalui hasil kajian pembacaan saya,rakyat Jepun merupakan antara golongn yang sangat berdisiplin, tekun dan gigih dalam melakukan apa saja pekerjaan.Di samping mereka sentiasa menepati masa. Bagi mereka, orang yang tidak menepati masa adalah mereka yang tidak bersungguh-sungguh.Kerana,seorang penggerak yang akan menentukan masa depan pentadbiran sesebuah organisasi haruslah mempunyai konsep pengurusan masa yang berkesan.Kerana apa yang saya lihat,setiap orang yang berada dalam sesebuah organisasi masih tidak mampu untuk melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkesan.Kejayaan pengurusan sesebuah organisasi akan melibatkan penetapan keutamaan yang tegas dan disiplin diri yang tinggi…

p/s ~ Saya tujukan khusus kepada semua Jabatan Setiausaha PMRAM Cawangan BKAN & DPM..Jom Praktik!! :)


Saat hadir perasaan itu!! Tuhan......


“Aku tahu aku silap, ingat Dia hanya saat aku susah…”
“Saat aku senang, hanya sedikit aku peruntukkan masaku buat Dia, padahal kerana sayang dan kasihNyalah aku senang begitu…”
“Aku tahu, dan aku belajar…namun aku masih lalai lagi…”
“Tika ada yang menegur, aku memilih untuk membutakan hati walau aku tahu apa yang bakal aku terima di sana…”
“Kuatnya amarah aku…lemahnya iman aku…”


Situasi begini kerap kali berlaku dalam hidup kita. Kita mahu berubah, namun kita kalah juga pada saat akhir. Walau habuan cukup dekat dengan hati kita, kita tidak berupaya jua untuk meraih kemenangan tersebut.

Kita selalu begini, lebih suka mengingati hanya tika duka dan alpa tika gembira. Tika kita sakit, dan ditimpa segala pilu, kita memilih untuk mengingatiNya setiap masa yang kita ada. Tika kesenangan hadir, bukan kita melupakan Dia, namun, ingatan kita padaNya terasa berkurang berbanding dengan tika susah. Sebenarnya, kita salah seorang yang bertopengkan muka baik, namun bukan pada hati.Astaghafirullah...

Kadang-kadang, kita berusaha untuk mengawal perasaan itu yang cukup untuk membuktikan kita tahu erti syukur sebagai seorang hamba, namun kita masih tewas dengan emosi sendiri. Oh Tuhan, bukan itu niat sebenar kami padaMu, namun jika hal sekecil itu tak dapat kami buktikan padaMu, mohon ampunan dariMU Tuhan.

Emosi cukup susah untuk menandingi kuasanya aqal, jika iman tak pernah dikukuhkan. Insan dilahirkan penuh dengan sifat positif, namun tika hati terpikat dan terikat rapat pada dunia, habislah hati. Rosaklah jiwa, hancurlah jasad saat bertemu pengawalnya neraka. Tangis yang ada, tak akan mengalir lagi kala itu, kerana kesakitan yang ditanggung tak mampu lagi ditahan jasad, saat itu jasad hanya mampu menerima tanpa keluhan kerana keluhan itu cukup pedih untuk diluahkan.

Bagaimana nak tangani sikap tidak istiqamah di atas?
1. Hadirkan rasa bersalah dalam diri dan iringi dengan taubat yang sebenar-benar taubat.
2. Berfikir tentang hakikat hidup seorang hamba.
3. Muhasabah diri tentang akibat yang bakal diterima sama ada di dunia jua akhirat sana.
4. Selami hidup qudwah hasanah (Muhammad SAW).
5. Amalkan segala ilmu yang ada, bukan hanya disimpan membuta sehingga dijemput menghadap Dia.

Tiada ayat yang lebih indah melainkan potongan ayat dari Al-Quran…

“Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera bertaubat kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu ni’mat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu,…” (Az-Zumar : 8)

“...Ia Maha mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.” (Az-Zumar: 7)

Dialog dua Sahabat.......IMAN & HATI


Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak
cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan
kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran
diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan
tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah
menggajikan mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja,
bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya
habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami.
Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh
bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur
dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan
sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat
tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat
pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan
dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan
kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan
untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan
tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya.
Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan
memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut
menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu
sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang
bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah
pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara
mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah
awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu
lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan
tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji
dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih
dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta
yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya
kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi
kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari
tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka.
Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan
saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang
bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta
diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan
kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa
di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan
ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan,
dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam
kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan
rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari
bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat
yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja
semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu,
panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua
ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan
bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

Sekadar analogi mudah..
Begitulah diri kita..

Kitalah bos dalam syarikat kita.
Jabatan dalam diri
kita hanya ada dua.
Jabatan Iman dan jabatan
dosa.

Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin
pekerja-pekerja kita.
Memang susah untuk kita memenuhi

setiap kehendak pekerja kita,
memang susah untuk
memastikan pekerja kita berbaik..

Kerana anatara iman
dan yang dosa tidak mungkin bercampur.
Bagai air sungai
yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan
nyaman air itu..
Namun apabila bercampur dengan lumut,

selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah untuk
mebersihkan kembali.

Begitu juga dengan pekerja kita,

andai terlalu 'diternak' satu jabatan,
maka jabatan

lain akan terpinggir..