Nawaitu Motivasiku!


Kecemerlangan seorang pelajar terletak pada niatnya.

Sedar atau tidak, motivasi kita ketika belajar di dalam kelas sebenarnya di pengaruhi oleh niat kita di dalam hati.

Niat di hati adalah penggerak motivasi.

Tanya diri kita, apa niat kita pergi ke kuliah?

Untuk apa kita ke kuliah? Sebab apa kita masuk ke kuliah? Soalan-soalan ini akan dapat merungkai apa nawaitu kita sebenarnya.

Apabila kita meletak niat ke kuliah

kerana mahu mencari serta menimba ilmu,

mahu membina kecemerlangan

atau mahu membina masa depan lebih baik untuk kita dan keluarga,

niat itu akan mendorong kita untuk mahu mencapai kecemerlangan

dalam mata pelajaran yang kita ambil.

Niat yang ‘kecil’ mampu memberi impak amat besar buat diri serta masa depan kita..

Jadi,ayuh penuhi masa kita dengan menghabiskan pembacaan kitab kuliah..NOTA + STUDY GROUP jangan di lupa..

“Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta KEINGINAN ke arah kecemerlangan itu”. – Rusdin S. Rauf, penulis buku Quranic Law Of Attraction.

p/s : Jom upgrade diri demi sebuah kejayaan!Ku cari Destinasi itu ~


Tuah si pembaling kasut...

Masih ingatkah kalian kepada Muntazar al-Zaidi?Beliau merupakan wartawan Iraq yang telah membaling kasut kepada bekas Perdana Menteri US George W Bush pada satu sidang akhbar di Iraq..Pada 14 Disember 2008, Zaidi menjerit “This is a farewell kiss from the Iraqi people, you dog” kemudian melemparkan kasut kepada Bush.

Setelah dipenjara selama 9 bulan, Zaidi telah bebas dengan hadiah menarik menantinya iaitu sebuah rumah dengan 4 bilik tidur yang merupakan hadiah dari pejabat Zaidi bekerja, Al Baghdadia TV.

Bukan hanya itu, sebuah kereta baru hadiah dari orang tak dikenali juga telah menanti Zaidi. Itu belum termasuk wang yang dikirim oleh para dermawan, beberapa tawaran bernikah, dan tawaran penjagaan kesihatan yang ditujukan kepadanya.

Para editor Al Baghdadia TV mengatakan mereka telah menerima banyak permintaan dari perempuan yang hendak menikahi Zaidi. Selain itu banyak pula datang tawaran harta benda seperti wang, kereta, hingga kuda berpelana emas dari Morocco. Seorang warga Arab bahkan bersedia membeli kasut Zaidi seharga USD 10 juta.

Seorang petani Palestin berusia 75 tahun yang tinggal di Tepi Barat, Ahmad Jouda, rela menjual sebagian kambingnya dan mengumpulkan puluhan ribu dolar dari saudaranya untuk menyokongZaidi. Dia juga menawarkan Zaidi untuk menikah dengan salah seorang saudara perempuannya.

Berbagai tawaran itu dimulai tahun lalu ketika seorang dari Mesir bernama Saad Gumaa menelefon keluarga Zaidi dan menawarkan anak perempuannya yang berusia 20 tahun, Amal Saad Gumaa, untuk dinikahi Zaidi. “Saya ingin tinggal di Iraq. Apalagi kalau saya boleh bersama dengan pahlawan ini (Zaidi)…Itu adalah suatu kehormatan bagi saya,” kata Amal.

Mantan Presiden AS George W Bush memang tidak disukai di dunia Arab. Para analisis berpendapat, banyak warga Arab yang beranggapan dengan tindakannya itu Zaidi telah mewakili mereka mengekspresikan kemarahan, hal yang tidak berani dilakukan oleh para pemimpin politik tempatan.

Kesan berdakwah bukannya esok lusa..

Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.



Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Sama-sama kita hayati dari contoh cerita tersebut seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ad
a ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu? sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar
ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?

Permintaan apa itu wahai tuan?

Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah me
madai, Boleh?Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh? Tanya Ahmad penuh keraguan.

Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk d
an terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan? Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut pend
uduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menuanikan solat subuh secara berjemaah di masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya : "Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh ? " Ahmad menjawab dengan yakin : "Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini

"Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu"

Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.

Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan

Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya? Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad? Tanya Syeikh meminta kepastian.

Ya benar Tuan

Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”
Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya

Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang.
Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata.
Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.
Lari daripada jalan kebenaran. Jadilah kita dalam golongan orang-orang yang bersabar.
Cabaran kita tidaklah sehebat cabaran Nabi SAW, kita hanya membawa Islam yang sedia ada, bukan menyampaikan seperti Nabi SAW.
Di mana pada zaman Nabi SAW, susahnya untuk berdakwah. Macam MULTILEVEL MARKETING, nak percaya ke kita tanpa bukti yang nyata? Betul ke jadi cam tu?Boleh jadi kaya? Tapi ana yakin, jika kita sabar dan ikut islam, KITA YANG PALING KAYA!!!

Jom Puasa Esok sempena 9 Zulhijjah..

Assalamualikum...

Sempena kita masih lagi berpeluang merasai serta menghayati kehidupan di bumi Tuhan ini,ingin ku seru diri ini serta sahabat-sahabat seperjuangan sekalian untuk menambahkan lagi bonus ibadat kita di Bulan Zulhijjah yang penuh hikmah ini..

Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim).

Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.


Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)

Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

Selain itu,sama sama kita memperbanyakkan doa, seperti yang telah di riwatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W :

“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)


P/S : Jangan lupa doakan sahabat2 seakidah kita di Palestin sana...

PMRAM semakin MATANG menghadapi tribulasi..

Sumber Asal : www.hewipmram55.blogspot.com


Dunia berorganisasi pada hari ini sentiasa wujud dan berada dimana-mana. Adalah menjadi keperluan bagi mahasiswa dalam berorganisasi apabila di sesuatu tempat itu terdapat perkumpulan manusia yang memerlukan satu pengurusan stategik bagi membantu perjalanan hidup mereka terurus dan tersusun.

Penubuhan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai persatuan mahasiswa di Ardul Kinanah ini boleh dijadikan satu contoh organisasi yang terbaik.

Misi dan visi PMRAM tidak lain tidak bukan terutamanya adalah untuk meyatukan suara anak-anak Melayu yang tinggal di Republik Arab Mesir. PMRAM bukanlah satu organisasi yang bersikap memilih tetapi menerima siapa sahaja yang ingin berada dibawah naungannya.

PMRAM adalah persatuan induk yang cukup terkenal sama ada di Mesir ataupun di Malaysia amnya. Hak keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Mesir ke atas PMRAM tidak boleh disangkal dan dinafikan.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Menjadi asam garam dalam perjuangan PMRAM dengan mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran. Di sepanjang kehidupan PMRAM telah menjadi kelaziman menghadapi segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan. Beberapa isu yang berlaku baru-baru ini dan tahun lepas masih lagi terasa bahang kepanasannya dan berlegar-legar di kotak pemikiran ahli - ahli PMRAM. Antaranya :

1) Isu Qiraat - berlaku sekitar bulan April tahun ini, berkenaan nama-nama pelajar yang tidak naik menyebabkan ramai tidak dapat menjalani peperiksaan seperti yang dijadualkan.

2) Fitnah Pegawai JPMK terhadap Pengerusi DPMT yang kononnya mendakwa sebagai wakil kedutaan kepada pihak Keselamatan Mesir.

3) Isu Kutub Sittah - menghalang program dengan memfitnah PMRAM sebagai pembangkang

4) Isu pemusatan mahasiswa - tiada pentauzikan pelajar baru ke muhafazah menyebabkan permasalahan sara hidup, penempatan dan sebagainya.

5) Masalah integriti dan salah laku beberapa orang pegawai negeri – ugut zakat dan menghalau dari asrama pelajar.

6) Tindakan Pengarah JPMK yang menandatangai surat sokongan bagi penubuhan 'Academy Center' di Tanta merupakan tindakan yang tidak profesional.

7) Tindakan Pegawai Atase Pendidikan JPMK mengedar borang Kelab UMNO ketika taklimat biasiswa.

8) Isu hak mahasiswa yang dinafikan - penggunaan ARMA dengan keberadaan pelajar menetap di sana.

9) Sikap pegawai JPMK yang tidak profesional lebih-lebih lagi terhadap mahasiswa yang melibatkan diri dengan PMRAM

10) Isu Imtihan Qabul - Bermula tahun 2009 yang menjadi kejutan bagi pelajar STAM dan tahun ini ramai tidak lulus secara mendadak.

11) Isu kebajikan mahasiswa diabaikan oleh beberapa pihak.

Walaubagaimanapun perkara ini tidak sekali-kali melemahkan hati dan meruntuhkan jiwa pendukung-pendukung PMRAM, malah PMRAM terus bangkit kehadapan dan menjadi semakin matang dalam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.

Sebagai sebuah gerakan mahasiswa PMRAM telah menyediakan pelbagai agenda untuk ahli - ahlinya iaitu yang berbentuk tarbiah dan dakwah, pengajian dan tafaqquh, program bermasyarakat, rehlah dan ziarah, mengajak ahli mendepani isu semasa dan berkebajikan.

Kebanyakan mahasiswa yang menggabungkan diri dengan PMRAM tidak akan jemu dan menyesal kerana dasar Islam yang dibawakan oleh PMRAM. Bahkan dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah mengukuhkan lagi kepercayaan mereka ini untuk terus bersama PMRAM.

Apatah lagi aktivis-aktivis yang lahir daripada didikan PMRAM telah banyak bergiat dan memberikan sumbangan kepada agama. Mereka ini sepatutnya mesti dicontohi oleh generasi mahasiswa sebagai pelapis yang mana Ulama’ itulah pewaris kepada Nabi-Nabi.

Selagimana Islam yang dijulangkan oleh PMRAM dalam setiap agendanya, selagi itulah Allah akan menjaga dan memelihara PMRAM . Oleh kerana keyakinan pengerak-pengerak PMRAM itulah yang menyebabkan PMRAM sehingga ke hari ini masih bertahan dengan usia yang mencecah 80 tahun.

Berderau hati mereka apabila mendengar laungan ini, “Hidup-hidup..hidup Islam, bangkit-bangkit.. bangkit mahasiswa”, slogan yang dilaungkan oleh ahli PMRAM pada malam penerangan isu-isu semasa baru-baru ini jelas membuktikan kekuatan PMRAM masih kukuh dengan sokongan yang diberikan oleh ahli. Tiada siapa akan menduga ahli - ahli PMRAM sehingga kini masih lagi setia bersama PMRAM, kerana disebabkan kefahaman dan kesedaran mereka akan perjuangan yang dijulangkan oleh PMRAM.

Keberhasilan tema yang digarapkan pada tahun ini “Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah” jelas berjaya disemaikan ke dalam hati ahli - ahli yang menyintai PMRAM. Tema yang diterapkan ini adalah kesinambungan daripada tahun - tahun sebelum ini dan natijahnya terserlah kini. PMRAM satu dalam seribu, tidak terdapat di tempat - tempat yang lain.

PMRAM akan terus bertahan dan mengorak langkah demi mengukuhkan kedudukannya di mata masyarakat rakyat Malaysia di sini. PMRAM diteguh, ISLAM tertegak.


Disediakan Oleh :

Urus Setia Penerangan Umum (UPU),
Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2010 dan
Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM 2010

Ilmu untuk IKHLAS..


“Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”


“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Muslimat di jalan DAKWAH...


Hukum amal dakwah wajib syarie, tidak gugur selagi tidak wujud kerajaan yang bertanggungjawab terhadap mempraktikkan dan mempertahankan Islam, malah setelah penubuhan negara Islam pun masih wajib untuk mempertahankan negara Islam. Sebarang kecuaian tidak melakukannya adalah dosa.

Status kewajipannya adalah Fardu `ain, bukan kifayah. Kalau kifayah pun ia masih wajib dilakukan kerana persoalan berkaitan pelaksanaan Islam dan penegakan negara Islam belum selesai.

Apa pun status kewajipan berdakwah, mukmin mestilah melakukannya, kerana jika benar ia fardu `ain dan kita tidak melakukannya kita akan berdosa, jika kita melakukannya kita telah melangsaikan kewajipan di samping mendapat ganjaran. Kalau benar ia fardu kifayah dan kita melakukannya kita akan mendapat pahala. Dalam semua keadaan melakukannya adalah pahala. Dalam keadaan tertentu tidak melakukannya mungkin akan mendapat dosa.

Timbul pula persoalan samaada ada perbezaan hukum di antara lelaki dan wanita dalam berdakwah. Apakah ianya hanya wajib kepada lelaki sahaja dan tidak perempuan? Berdasarkan hakikat yang boleh dikutip daripada al-?Quran surat at-Taubah ayat 71;

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dapat dilihat kesepaduan kerjasama antara lelaki dan wanita dalam melakukan amal dakwah ke arah Islam dan pengukuhan hukum-hukumnya.

Penjelasan di atas menunjukkan bahawa tidak syak lagi wanita Islam mempunyai peranan istimewa dan amat penting dalam melaksanakan amal dakwah bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan dalam sesetengah keadaan peranan mereka lebih penting, malah mengatasi peranan lelaki, terutama dalam bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.

Jelas bahawa kewajipan dakwah sama sahaja antara lelaki dan wanita. Semua hujah yang mewajibkan dakwah terpakai ke atas wanita. Semua hujah wajib amal jama`ie terpakai ke atas wanita. Kewajipan wala’ `ammah dan khassah juga wajib ke atas wanita. Hakikat masa kini menunjukkan bahawa penglibatan wanita dalam dakwah dan kerja-kerja kemasyarakatan amat penting, kerana wanita adalah salah satu dari sumber kekuatan Islam. Tidak menggunakan kekuatan ini adalah satu pembaziran ke atas kekuatan yang ada. Selain dari itu masuk Islam menggunakan wanita dalam usaha menentang Islam, malah melihat wanita sebagai pintu masuk paling penting dalam usaha merosakkan Islam, oleh itu kaum wanita mesti disedarkan. Dalam hubungan ini wanitalah yang paling sesuai menyedarkan wanita.

Masyarakat Islam terawal memberikan contoh yang praktikal mengenai peranan wanita di dalam dakwah. Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah umpamanya menjadikan rumahnya tempat tumpuan kaum lelaki di dalam menimba ilmu. Beliau begitu terkenal kerana keaktifannya di dalam memberi nasihat dan menyampaikan ajaran Islam di kalangan pelbagai qabilah pada zaman Nabi s.a.w. Baliau pernah diseksa dan dipenjarakan. Namun semangatnya tidak patah.

Menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjudul Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah. Ini disebabkan penjajah Barat mengeksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak mahupun media elektronik.

Menurut penelitian beliau, wanita adalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan operasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka. Mereka lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.

Dengan penegasan oleh nas syarak mengenai kewajipan dakwah yang tidak membatasi gencer , pengamalan wanita di awal Islam, kenyataan dan amalan wanita Islam kini tiada lagi alasan bagi wanita untuk tidak terlibat dalam kerja-kerja dakwah. Alasan untuk memfokuskan usaha mendidik anak di rumah tidak boleh lagi dijadikan hujah untuk tidak terlibat dalam kegiatan dakwah di luar rumah. Dalam hubungan yang sama amatlah songsang jika ada wanita yang tidak sedia terlibat dalam kegiatan dakwah di luar rumah dengan berbagai hujah syar`ie sedangkan dalam masa yang sama mereka bekerja di luar rumah dengan menjawat jawatan-jawatan kerajaan.

Medan-medan Dakwah

Dakwah bukan terbatas pada menyampaikan ceramah di masjid-masjid, memberi tazkirah di dalam liqa’ mingguan atau memberi syarahan di dalam suatu perhimpunan. Sebaliknya dakwah merangkumi usaha-usaha membentuk tingkah laku dan gaya hidup seseorang; membentuk manusia yang memiliki akhlak mulia, tutur kata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana, teguh setia menanggung suka dan derita.

Jelas kepada kita, medan dakwah cukup luas dan pelbagai. Setiap orang boleh dan berhak malah wajib memainkan peranan dalam mana-mana medan dakwah. Beliau bertanggungjawab menyesuaikan diri, kemampuan, kesesuaian masa, tempat, kebolehan serta kelebihan yang dimiliki untuk kerja-kerja dakwah. Seseorang wanita tidak harus memenjarakan dirinya di dalam permasalahan keluarga dan rumah tangganya yang sempit, sehinggakan seolah-olah rumah itulah sahaja dunianya, suami dan anak-anaknya sahajalah segala-galanya dalam hidup ini. Akhirnya dia menjadi seorang ukhti yang tidak mempunyai wawasan, tidak mengendahkan masa depan agama dan dakwahnya. Lama kelamaan dia menjadi wanita biasa yang larut di dalam masyarakat, lupa pada tanggungjawab serta cita-cita untuk membangunkan rumah tangga dan masyarakat Muslim yang soleh.

Pengimbangan Antara Keluarga dan Dakwah.

Jadi, perseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan rumah tangga amatlah dituntut. Sebagai da’iah yang memiliki kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab, ukhti mestilah mengatur kehidupannya secara seimbang. Rumah tangga tidak harus diabaikan kerana dakwah. Begitu juga sebaliknya dakwah tidak harus dikorbankan kerana sibuk melayani suami serta kerenah anak-anak. Ukhti mesti memahami keutamaan bagi setiap perkara, masa dan keadaan. Ketika anak-anak masih kecil, tumpuan mesti diberikan kepada mereka,didik mereka supaya menjadi pelapis yang bakal meneruskan risalah. Namun pada masa yang sama ukhti tidak boleh meninggalkan medan dakwah sepenuhnya atas alasan mendidik anak. Tindakan ini akan membawa kerugian kepada ukhti dari segi pendedahan, pengalaman dan pahala.

Dalam membuat pengimbangan antara kegiatan dakwah dan urusan rumah tangga wanita mestilah benar-benar mengetahui takat kemampuan maksimum yang boleh atau mampu diberikannya kepada kegiatan dakwah. Dia juga mesti benar-benar tahu takat maksimum urusan rumah tangga yang boleh dikongsi dengan kegiatan dakwah. Dia mesti tahu takat yang kalau dilanggar rumah tangganya akan mengalami kemudaratan. Dia juga mesti tahu takat kegiatan dakwah yang kalau ditinggalkannya akan memudaratkan dakwah. Dalam menentukan kedua-dua takat ini wanita mesti jujur terhadap dirinya, keluarganya dan dakwah yang dipikulnya. Pertimbangannya juga akan dipengaruhi bantuan dan kerjasama suami.

Kerjasama Suami.
Seperti penjelasan di atas, kegiatan dakwah adalah kewajipan lelaki dan wanita. Pengurusan rumah tangga, termasuk mendidik anak-anak juga adalah tanggungjawab bersama lelaki dan wanita, cuma sifat semula jadi wanita membuatkannya lebih berkesan dalam mengurus rumah tangga, terutama mendidik anak-anak. Oleh itu menyerahkan 100% urusan rumah tangga dan mendidik anak-anak kepada isteri di samping memintanya memainkan peranan aktif dalam kegiatan dakwah di luar rumah adalah satu ketidakadilan kepada wanita. Berdasarkan hakikat ini maka:


1. Suami mestilah peka dan sadar tentang peranan dan hak isteri dalam kegiatan dakwah dan kemasyarakatan.
2. Suami mestilah membuang sikap dan pendirian bahawa oleh kerana peranan asasi dan terpenting wanita ialah membentuk generasi Muslim maka wanita mestilah berfungsi dan berperanan dalam rumah tangga sahaja.
3. Suami mestilah membenarkan isteri terlibat dalam kegiatan dakwah dan kemasyarakatan
4. Suami mestilah memberikan kerjasama yang secukupnya bagi menjamin isteri dapat memainkan peranan yang sempurna dalam urusan rumah tangga dan kegiatan dakwah.
5. Suami mestilah sedia berkorban dan bertolak ansur dalam hal-hal mengenai hak dan kewajipan dalam rumah tangga.
6. Isteri tidak mengambil kesempatan ke atas sikap kerjasama, tolak ansur dan kesediaan suami berkorban.

Sesungguhnya kita sangat berhajat kepada ukhti Muslimat da’iah yang memahami betapa umat ini amat memerlukan dakwahnya, sumbangan tenaga serta kepakaran yang ada padanya bagi membimbing wanita-wanita Islam dan mendidik mereka agar beriltizam dengan ajaran Islam. kita sangat berhajat kepada ukhti Muslimat da’iah yang prihatin terhadap hal ehwal masyarakat dan umat Islam, yang memahami tugas yang diamanahkan kepadanya, yang bercita-cita untuk mengangkat dirinya ke martabat du’at yang berjuang dan berjihad mendaulat serta mempertahankan din yang agung ini.

Contoh-contoh Penglibatan Wanita di Dalam Masyarakat di Zaman Nabi s.a.w.

Contoh-contoh ini telah dibentangkan oleh Dr Layth Su’ud Jasim di dalam bukunya Khidmat Masyarakat, Peranan Wanita di Zaman Rasulullah s.a.w.,

Rasulullah s.a.w. meninggalkan kepada kita suatu manhaj dan sumbernya yang terpelihara. Ia menjadi asas pembinaan tamadun Islam yang menjadi agama penutup kepada agama-agama langit terdahulu. Tamadun ini mengadaptasi tabiat manhaj rabbaniy tersebut. Iaitu suatu manhaj yang sifatnya sentiasa menyumbang dan memenuhi keperluan manusia sehingga hari kiamat.

Menerusi hakikat inilah kaum wanita menjalankan aktivitinya dalam kehidupan masyarakat Islam. Ia bertindak sebagai satu komponen penting dalam sistem dan tamadun Islam. Kaum wanita turut menyertai anggota masyarakat lain dalam memperkayakan sudut-sudut amali bagi tamadun yang hebat ini. Penyertaan kaum wanita berlaku dalam paksi-paksi berikut:

Paksi Pertama : Menubuhkan dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan
Paksi Kedua : Pembiayaan Program Institusi Kemasyarakatan

Paksi Pertama : Menubuhkan dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan

i. Penubuhan Badan Kebajikan (Suffah Wanita)

Orang pertama yang mengeluarkan idea ini ialah Asma’ binti Yazid bin al-Sakan al-Ansariyyah. Beliau pernah menjadi wakil bagi kaum wanita menemui Rasulullah s.a.w. bagi bertanyakan tentang kewajipan wanita dalam masyarakat dan peranan mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ini dapat difahami daripada kata-kata beliau: “Aku adalah utusan kepada seluruh kumpulan kaum wanita yang berada di belakangku. Mereka semua sependapat denganku.” Rasulullah s.a.w. memuji beliau kerana kepintaran dan keprihatinannya terhadap agama. Semua ini menunjukkan kaum wanita dibenarkan berpersatuan sendiri dan mengeluarkan pendapat dalam permasalahan-permasalahan penting, terutama yang bersangkutan dengan kaum wanita, kepentingan agama dan kepentingan dakwah.

Antara aktiviti yang mereka jalankan:
a. Menuntut ilmu
b. Aktiviti Pekerjaan
c. Aktiviti memelihara alam sekitar
d. Mengadakan Perayaan, Sambutan, Bernasyid dan Menyanyi
e. Menghadiri Perhimpunan Tergempar dan Penting

ii. Membina Rumah Tamu dan Membiayainya

Antara wanita yang memberikan sumbangan dalam pembinaan rumah tetamu dan mengeluarkan biaya terhadap tetamu negara Islam ialah Ramlah binti al-Harith bin Tha’labah yang dikenali dengan Umm Thabit. Rumah beliau mempunyai ruang yang besar dan dikelilingi dengan taman luas yang dipenuhi pohon tamar. Rasulullah s.a.w. pernah mengurung Bani Quraizah yang berjumlah 400 orang atau lebih menurut sesetengah riwayat di dalam rumah tersebut.

Delegasi-delegasi yang pernah menghuni rumah tersebut antara lain:
- Delegasi Salman yang terdiri daripada tujuh orang
- Delegasi Bani Kilab yang berjumlah 13 orang
- Delegasi Bani Murrah yang terdiri daripada 13 orang
- Delegasi Bani Fuzarah
- Delegasi Bani ‘Abd Qays
- Delegasi Bani Tamim
- Delegasi Bani Hanifah
Kesemua delegasi tersebut menjadi tetamu di rumah itu pada masa yang sama.

Paksi Kedua : Pembiayaan Program/Projek Institusi Kemasyarakatan

Allah s.w.t. menyifatkan harta sebagai paksi serta asas kehidupan masyarakat Islam. Lantaran itu Islam meletakkan antara matlamat syara’ ialah memelihara harta. Islam juga memperundangkan hukum-hukum tertentu berkaitan dengan pemeliharaan harta seperti zakat,sedekah, wasiat, waqaf dan sebagainya.

Perundangan ini tidak khusus kepada lelaki sahaja, malah turut melibatkan kaum wanita. Terlalu banyak contoh-contoh yang terkandung di dalam sirah mengenai keterlibatan wanita secara langsung di dalam memberi sumbangan material sama ada zakat, sedekah, hadiah pembebasan hamba dan lain-lain.

Institusi Khidmat Kesihatan

Dr. Lyth juga menyebutkan bahawa institusi khidmat kesihatan merupakan salah satu institusi yang berkaitan dengan masjid. Dan para sejarawan dalam bidang perubatan menganggap khemah yang didirikan oleh Rufaydah binti Ka’ab al-Aslamiyyah merupakan hospital pertama dalam Islam. Beliau mempunyai ilmu tentang perubatan dan mewakafkan dirinya untuk membantu umat Islam yang memerlukan. Ketika Sa’ad bin Mu’az r.a cedera dalam satu peperangan, Rasulullah s.a.w. membina khemah untuknya di kawasan masjid bagi memudahkan baginda sentiasa melawatnya. Semua ini membawa banyak manfaat dari aspek perundangan dan kemajuan:

1. Wanita dibolehkan mempelajari ilmu perubatan. Bahkan kadangkala hukumnya menjadi wajib dalam keadaan tertentu.
2. Keperluan untuk membina hospital-hospital atau pusat-pusat perubatan di masjid atau di kawasan sekitarnya.
3. Wanita dibolehkan bekerja di dalam sebarang bidang pengkhususan yang membawa manfaat kepada masyarakat.
4. Doktor wanita boleh mengubati pesakit lelaki sekiranya tidak wujud doctor lain atau mana-mana pakar yang lain.
5. Wanita dibolehkan mendalami ilmu kejururawatan. Contohnya Ku’aibah yang membantu saudaranya Rufaydah.
6. Doktor Muslimah atau pembantunya wajib memakai pakaian yang menutup aurat. Ia tidak bertentangan dengan tugas yang diberi.
7. Perlunya mengambil berat terhadap ketua turus tentera dengan diberikan perhatian khusus terhadapnya. Contohnya Sa’ad bin Mu’az.
8. Mengganjari doctor wanita yang cemerlang dan pakar. Rasulullah s.a.w. memberikan sejumlah harta rampasan perang Khaybar kepada Rufaydah sebagaimana ia diberikan kepada kaum lelaki.
9. Orang-orang Islam begitu maju dalam penubuhan hospital-hospital yang merangkumi pelbagai pengkhususan.

Medan Aktiviti Wanita Kini

Dari apa yang dibentangkan di atas, jelas kepada kita bagaimana wanita berperanan memberikan saham kepada masyarakat menerusi institusi dan aktivitinya tanpa merosakkan nilai dan etika yang ditetapkan syarak. Ia telah dikembangkan menerusi pelbagai usaha dalam ruang lingkup yang seimbang dan difahami dengan sebaiknya oleh wanita Islam. Mereka memberikan komitmen sebagaimana komitmen mereka terhadap amal ibadat yang lain.

Wanita hari ini mengikut segala pemikiran dan perilaku yang diimport sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga akhirnya membawa kepada pelanggaran batas serta sempadan yang telah digariskan Allah dan Rasul.

Lantaran itu wanita Islam memerlukan badan atau institusi kemasyarakatan yang berkaitan dengan aspek-aspek kewanitaan. Melaluinya tenaga mereka dapat disalurkan kepada masyarakat secara tersusun menurut konsep Islam.

Saling bertukar pengaman kejayaan di kalangan institusi-institusi wanita Islam juga merupakan satu perkara yang amat diperlukan. Begitu juga tolong menolong secara berterusan bagi memberikan galakan kepada institusi yang baru muncul meneruskan khidmat baktinya.

Sumber Asal : www.dakwah.info

P/S : Istiqomahkan golongan2 itu Tuhan,dan moga kami di antaranya...

Jom meriahkan MSA!


Bismillah Wa Alhamdulillah


Kelas pengajian Madrasah Saidatina Aisyah minggu ini :

Hari : Isnin
Tarikh : 8 November 2010
Masa : 6.30-9.00 pagi
Tempat : Dewan Solah Al-Masri, Rumah Penang

Sambungan diskusi kitab : "Nisa' Mukminat"
oleh : Saudari Huzaifa Hassan
(Ketua UnitPengetahuan dan Penyelidikan) HEWI PMRAM


Dapatkan kitab di lokasi pengajian dengan harga LE4.
Dijemput kepada seluruh ahli HEWI hadir beramai-ramai.

Untuk pembelian kitab, sila hubungi :
Saudari Ummu Hani bt. Rijaluddin (0110587077)
Bendahari (Unit Pendaftaran)

"Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah"

Kekalkan motivasi saya!


3 perkara membuat Anda hilang motivasi:

  1. Anda akan jadi kurang bersemangat apabila Anda menumpukan fikiran pada apa yang membuat Anda ‘down’.
  2. Anda akan hilang motivasi apabila Anda berhenti terlalu lama dari terus berusaha.
  3. Anda akan hilang semangat apabila Anda memfokus pada hasil usaha Anda yang salah.

Fokus pada konsistensi berusaha dan membetulkan kesalahan dengan mengambil tindakan baru.

Usah memfokus pada hasil sebaiknya fokus pada apa yang Anda perlu lakukan kerana hasil akan tetap ada apabila usahanya ngam kemudian berterusan pula.

Tanya dan terus tanya diri Anda apa lagi yang boleh Anda lakukan untuk berusaha, berusaha dan berusaha sehingga matlamat Anda benar-benar tercapai, bukan sekadar menjadi matlamat yang hanya bermain di minda.

P/s : Mencari mood yang hilang.... :(

4 Golongan dalam menilai MASA!

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.

Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:

1.mereka yang beriman
2.beramal soleh
3.menasihati atas kebenaran dan
4.menasihati atas kesabaran

Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka.

Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran.

1. Manusia yang beriman ialah mereka yang mempunyai kesedaran tertinggi dan meyakini bahawa di sebalik alam yang luas ini, ada 'zat' yang MAHA BESAR dan MAHA KUASA yang mencipta dan mengendalikan keseluruhan alam ini. Begitu juga di sebalik alam nyata ini ada lagi alam kehidupan yang lebih besar dan indah iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan abadi bagi setiap manusia. Sesiapa juga manusia tanpa mengira apa kedudukan sosio-ekonominya, akan terjerumus ke dalam api neraka yang amat panas sekiranya tidak mempunyai keimanan terhadap perkara-perkara ghaib ini.

Hidup di dunia ini adalah sementara. Kita akan berpindah ke alam barzakh (awal alam akhirat) tidak lama lagi iaitu selepas kita dimatikan. Yang dapat menyelamatkan kita di kubur ialah iman kepada Allah. Termasuk dalam ertikata iman ialah bukan setakat mempercayai Allah sahaja tetapi mesti dibuktikan dengan amalan. Jadi iman dan amal soleh ialah gandingan terbaik untuk menempuh dugaan di alam akhirat. Iman tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah. Oleh itu kita dikehendaki melengkapkan diri dengan iman dan amal supaya hidup kita tidak sengsara sepanjang hayat tanpa batas waktu di akhirat.

2. Manusia kedua yang tidak akan rugi ialah mereka yang beramal soleh atau mengerjakan kebajikan. Orang yang meninggal dunia tanpa sebarang kerja kebajikan atau amal soleh akan rugi kerana mereka akan diseksa di dalam api neraka. Nasib kita di akhirat tidak sekali-kali bergantung kepada harta kekayaan, kedudukan pangkat atau pengetahuan tetapi sebaliknya ia dinilai dengan amal solehnya. Sungguhpun begitu ada juga orang yang rajin membuat amal kebajikan tetapi sayangnya tidak mempunyai keimanan terhadap Allah. Golongan seperti ini adalah rugi juga kerana tidak mempunyai asas aqidah terhadap Allah yang wajib ada dalam setiap individu. Kesemua amalan kita tidak akan diterima Allah jika tidak berpaksi kepada dasar keimanan kepada Allah.

Oleh sebab itu, kita seharusnya menggunakan masa hidup kita yang tidak lama ini untuk melakukan amal soleh sebanyak--banyaknya. Alangkah ruginya seseorang yang berbadan sihat, tegap,mempunyai hartabenda yang banyak tetapi seluruh kekuatan, kesihatan dan harta bendanya digunakan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja. Lebih dahsyat lagi jika ia digunakan untuk melakukan maksiat, aniaya, fitnah dan menzalimi orang lain. Sepanjang hidup ini kita tidak lari dari melakukan 2 perkara sama ada amal soleh (baik) atau amal tholeh (jahat). Orang yang berjaya ialah mereka yang beramal soleh bukan beramal tholeh. Diri kita adalah sebaik-baik kompas untuk menilai yang soleh atau sebaliknya. Namun tidak semua orang dapat memberikan penilaian yang tepat, malah ada orang memandang kebajikan itu sebagai kejahatan dan kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Kesemua ini memerlukan ilmu yang menjadi syarat untuk memberikan penilaian yang benar dan tepat berlandaskan syariat Islam.

Amal kebajikan boleh diusahakan dengan pelbagai cara sama ada dengan material atau menggunakan anggota badan. Menasihat kawan adalah kebajikan. Membuang duri di jalan juga satu kebajikan. Memberi makan kepada binatang juga kebajikan; apatah lagi memberi makan kepada fakir miskin. Pendek kata jika kita tahu caranya, semua aktiviti kita boleh dikategorikan kepada amal kebajikan.

Dengan melakukan amal kebajikan belum menjamin keselamatan seseorang selagi tidak meninggalkan kejahatan. Antara dua perkara iaitu membuat makruf (kabajikan) dan meninggalkan mungkar (kejahatan), yang kedua amat sukar dilakukan. Ramai orang mampu membuat kebaikan tetapi untuk meninggalkan kejahatan tidak semudah itu. Contohnya ramai wanita boleh bersolat 5 waktu tetapi tidak sanggup menutup aurat atau mengumpat. Ada ulama berpendapat sebelum mengerjakan kebajikan hendaklah terlebih dahulu meninggalkan maksiat dengan cara bertaubat nasuha.

Sungguhpun begitu dalam keadaan-keadaan tertentu, amal kebajikan yang kita buat dapat juga menghapuskan kejahatan-kejahatan. Namun yang lebih baik ialah sebelum melakukan kebajikan, perlulah membuang segala amal kejahatan terlebih dulu. Ini bermakna kita hendaklah mengosongkan diri kita dari segala maksiat sebelum melakukan kebajikan; sesuai dengan sunnah Nabi yang dibedah sebelum dibawa melakukan perjalanan Isra' dan Mikraj.


Umum mengetahui bahawa setiap pekerjaan kita sama ada yang besar atau kecil sentiasa dicatat atau direkod oleh malaikat yang dipertugaskan Allah supaya di akhirat nanti mereka akan dipertanggungjawabkan. Nyatalah kehidupan kita di dunia ini bukan sia-sia atau sembarangan. Kita mempunyai misi dan wawasan yang perlu dipenuhi di dunia ini sesuai dengan firman Allah:

Yang Bermaksud;

'Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya), dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga. (Ini bermakna walau sekecil manapun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan akan kita rasakan akibatnya nanti"

Oleh itu untuk keselamatan di alam yang abadi, saya menyeru diri saya sendiri dan saudara-saudara semua supaya melakukan kebajikan sebanyak mungkin dan pada masa yang sama meninggalkan segala kejahatan. Slogan 'menghalalkan segala cara' untuk kejayaan di dunia terutama dalam bidang keduniaan adalah semboyan syaitan dan iblis yang harus ditentang.

3. Golongan ketiga yang tidak rugi ialah mereka yang menggunakan masa hidupnya dengan menyampai atau menerangkan kebenaran/haq atau mereka yang membela/mempertahankan kebenaran contohnya agama Islam. Konsep kebenaran dalam Islam banyak jenis; kebenaran dalam tuturkata, kebenaran dalam tindakan, kebenaran dalam niat, kebenaran dalam pergaulan, kebeneran dalam politik, kebenaran dalam penghakiman dan sebagainya. Di antara banyak-banyak kebenaran, yang paling utama sekali ialah kebenaran yang berasal dari ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Al-Quran iaitu Deen Islam.

Mengajar dan menyampaikan kebenaran wahyu Ilahi ini serta mempertahankan kebenarannya adalah misi tertinggi kemanusiaan. Golongan dai' ini hidupnya tidak akan rugi. Selain tugas dakwah dan menyampai kebenaran adalah sia-sia dan rugi semata-mata. Bertambah rugilah manusia yang cara hidupnya di muka bumi ini untuk tujuan bersenang-senang dengan makan-minum, mengumpul kekayaan dan beranak-pinak saja. Golongan ini tidak mempunyai nilai di sisi Allah.

Apa sebenarnya Haq itu? Haq itu adalah kebenaran yang datang dari Allah. Oleh sebab itu ia tidak boleh dipertikaikan. Firman Allah:

“Kebenaran itu adalah dari Tuahnmu. Oleh sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk dari golongan orang yang ragu. (Al-Baqarah: 147)”

Kebenaran apa jua bentuknya adalah dari Allah. Induk dari segala kebenaran ialah Kalimah Tauhid "Laa ilaaha illallah" yang membawa maksud tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah dalam ertikata Allahlah yang Maha Besar yang mesti disembah. Segala yang lain adalah makhlukNya. Tauhid adalah haq manakala syirik pula adalah bathil. Begitu juga syurga adalah haq, neraka haq, azab kubur haq, malaikat haq, tiitian sirath juga haq. Begitulah seterusnya diqiaskan kepada perkara-perkara lain seperti membaca Al-Quran, membuat kebajikan dan lain-lain. Manakala apa jua yang buruk dan keji yang dilarang oleh Allah adalah bathil seperti mencuri, meninggalkan solat, membunuh, syirik dan sebagainya.
Akal yang sihat yang dapat bimbingan Ilahi mampu melihat kebenaran itu sebagai kebenaran dan kesalahan itu sebagai kesalahan.

Apabila telah mengetahui sesuatu itu sebagai kebenaran, maka mudahlah kita mengikutinya. Begitulah sebaliknya jika kita mengetahui sesuatu itu sebagai kejahatan, mudahlah bagi kita menjauhikannya. Kefahaman sebegini adalah pemberian Allah kepada hamba yang disayangiNya. Betapa ramai manusia yang tidak diberikan kurniaan ini, lantas mereka menganggap bahawa kebaikan itu sebagai kejahatan manakala kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Orang begini telah dipetri hatinya dan tidak dapat membezakan lagi antara baik dan jahat. Bagaimana mungkin sebuah kompas yang jarumnya sudah tidak menunjuk arah yang betul dijadikan panduan untuk meneroka satu padang pasir yang amat luas? Semoga kita dijauhkan dari keadaan yang gelap ini dan berdoalah mudahan dapat kita melihat yang haq itu haq dan bathil itu sebagai bathil.


Setelah mata hati kita dapat menyuluh hakikat kebenaran sesuatu perkara, dapatlah kita menjadikannya sebagai panduan hidup. Yang baik kita jadikan teladan dan yang jahat kita jadikan sempadan; sehinggalah ia menjadi resam hidup yang sebati dengan diri kita; dan inilah yang harus dijadikan asas perjuangan untuk diri dan masyarakat.

Setelah mempraktikkan kebenaran itu dalam diri sendiri barulah mudah memperkatakan kebenaran kepada orang lain. Misalnya berkata benar - tidak berbohong, menipu atau memfitnah. Telinga pula benar dari segi tidak mendengar perkara yang haram dan dilarang. Mata pula tidak melihat sesuatu kecuali yang halal. Pendekkata semua anggota tidak melakukan sesuatu kecuali yang benar dan tidak bercanggah dengan kebenaran itu sendiri iaitu ISLAM. Penyebaran dakwah ini menjadi penting dan wajib atau fardhu 'ain dilakukan terutama dalam zaman kegawatan akidah dewasa ini. Tidak guna manusia yang asyik memperkatakan atau cuba menyelamatkan generasi ini dari kegawatan ekonomi saja tanpa sedikit pun memikirkan masalah yang Allah pandang besar iaitu kegawatan aqidah, moral dan agama. Adakah ekonomi akan menyelamatkan manusia terjun ke lembah hina di dunia dan terjun ke neraka di akhirat? Pendekatan 'ekonomi adalah segala-galanya' seolah-olah menafikan kebenaran Islam.

Setelah berhasil mencapai kebenaran dalam diri sendiri dan masyarakat amnya, barulah kejayaan itu diperkukuhkan atau dimantapkan secara istiqamah. Usaha ini perlu berterusan meskipun melalui duri dan ranjau yang cuba ditentang oleh puak yang memusuhi kebenaran iaitu Paksu (nafsu), Pak Leh (Iblis), Pak Wa (hawa) dan Pak Tan (syaitan). Di sini perlunya kesabaran - satu sifat yang perlu untuk menjadi golongan terakhir yang dinyatakan dalam Surah Al-'Asr iaitu pendokong kesabaran.

4. Mereka yang menyampaikan nasihat dengan kesabaran adalah golongan terakhir yang beruntung dan tidak akan rugi. Konsep sabar dalam Islam ada 3 jenis: pertama, sabar menanggung kesusahan dan sebarang bala yang menimpa diri, kedua, sabar mengerjakan ketaatan seperti sabar untuk mengerjakan sembahyang dan segala ibadat lain, dan ketiga ialah sabar diri dari melakukan sebarang maksiat. Jelasnya, sabar yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah sabar atau tetap hati di dalam memegang ajaran Allah yang benar itu; tanpa sedikit pun bergoyang oleh sebarang anasir yang datang. Di antara musuh yang cuba menggoyang atau merosakkan pendirian ini ialah syaitan, nafsu, hawa dan iblis. Mereka yang sabar ialah mereka yang berjaya melawan diri dari musuh-musuh ini untuk mencapai keredhaan Allah.

Dan kita kini di kategori yang mana ??

Madrasah Saidatina Aisyah kini kembali lagi....



Assalamu'alaikum W.R.T

Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM 2010 buat julung kalinya akan mengadakan kelas pengajian Madrasah Saidatina Aisyah setiap hari isnin di Rumah Penang jam 6.30-9.00 pagi

Pengajian bermula pada 25 Oktober, antara yang menarik minggu ini ialah :

-Pengenalan Madrasah Saidatina Aisyah
-Diskusi Kitab : "Jailun Nasril Mansyud"
- Pertandingan Kuiz

Dialu alukan kepada mahasiswi pengajian islam dan perubatan untuk menimba ilmu dan menamh thaqafah.

Tarikh tutup penempahan dan pembelian kitab diskusi LE5 pada 22 Oktober, jangan lepaskan peluang ini.

Untuk penempahan dan pembelian kitab, sila hubungi :

Saudari Ummu Hani bt. Rijaluddin (0110587077)
Ketua Pendidikan Kedah


"Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah"


Berani buat kesalahan..


Bila Anda buat silap Anda cenderung menyalahkan diri sendiri, Anda jadi tak suka dengan kesilapan yang Anda lakukan itu, bahkan Anda menjadi benci. Inilah sebab kenapa ramai di antara kita tak berani mencuba sesuatu yang baru, sebab tak mahu merasai peritnya buat silap.

Inilah juga sebab kenapa ramai di antara kita jadi benci dengan kegagalan. Anda takut gagal sebab Anda benci merasai keperitan, kesakitan dan kesusahan yang Anda akan rasai hasil dari kegagalan itu. Anda merasa terpukul. Motivasi Anda menurun.

Bagaimana mengatasi masalah ini? Ikuti dua langkah berikut:

1. Pandanglah diri Anda dan lihat pada potensi diri Anda, bukan pada kesilapan-kesilapan Anda.

Fokus kepada orang jenis macam mana yang Anda boleh jadi, fikirkan potensi Anda, kelebihan Anda, bakat Anda. Jangan selalu mengingat kesilapan lalu yang Anda telah lakukan kerana itu akan membuat Anda jadi tidak bermotivasi lagi.

2. Maafkan diri sendiri, lupakan kesilapan lalu, terus melangkah ke hadapan!

Anggap kesilapan sebagai cara untuk Anda belajar memperbaiki diri. Normal sebenarnya buat silap ni sebab kita takkan tahu buat benda baru, selagi kita tak buat dulu.

Anda takkan tahu cara yang betul, melainkan Anda jumpa cara yang salah terlebih dahulu. Maafkan diri Anda sebab buat silap, tekadlah untuk belajar dari kesilapan tu, kemudian cara bagaimana untuk buat perkara yang betul. Jadikan kesilapan sebagai rujukan untuk Anda mengetahui cara yang betul.

p/s : Semua manusia lumrahnya banyak belajar dari kesilapan lalu!

Jom terus MEMBACA...


Mahasiswa merupakan golongan yang akan memimpin dan menerajui kepimpinan sesebuah Negara pada zaman akan datang. Persedian yang perlu dan wajib dibuat adalah dengan pengetahuan melalui pengalaman dan pembacaan. Medium yang biasa di gunakan ialah melalui pembacaan menerusi laman web, surat khabar, majalah dan banyak lagi. Fokus kita adalah pembacaan melalui medium buku.Khususnya mahasiswa Al-Azhar, yang rata-rata hanya mengfokuskan budaya pembacaan pada kitab kuliah.Sedangkan kalau kita lihat, bumi ardil kinanah ini merupakan bumi yang pernah melahirkan ulamak2 yang tersohor di dunia pada suatu masa dahulu, yang di mana ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka sangat luas untuk di buat perbandingan dengan kelahiran mahasiswa masa kini yang hanya tertumpu pada kitab kuliah yang telah ditentukan silibus pembacaannya oleh doctor atau dotorah.Terlalu sikit manfaatnnya jika tidak di beri peluang kepada diri untuk membuka helaian pada buku2 atau kitab2yang lain.

Mengikut penghayatan kita mengenai sejarah buku bermula dalam kehidupan seorang manusia, apabila orang Mesir sendiri yang mencipta kertas papirus pada tahun sekitar 2400 S.M. Adapun kertas papirus yang ditulis tulisan ini digulungkan untuk menjadi “skrol” (scroll), dan diyakini merupakan bentuk buku yang paling awal.

Buku memasuki satu era yang baru apabila industri kertas menjadi mantap. Kertas dipercayai muncul di Negara Cina seawal-awalnya pada 200 S.M, selepas itu teknologi ini dibawa oleh pedagang Muslim ke Eropah sebelum abad ke-11. Dengan adanya kertas, penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mempunyai ciri-ciri mudah disimpan dan juga tahan lama.

Amalan membaca buku tambahan dikalangan para mahasiswa di universiti khususnya mahasiswa aktivis ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan para pelajar universiti di luar Negara lain seperti Jepun , orang Jepun sangat suka membaca. Bahan2 bacaan mereka terlalu banyak, dan sangat murah, berbanding dengan kita selaku mahasiswa Islam. Secara purata mahasiswa kita hanya membaca 12 buah buku selama tiga tahun pengajian. Dapat kita fahami bahawa mahasiswa sangat lemah dalam pembacaan. Dalam tiga tahun tempoh pengajian puratanya 4 buah buku setahun. Perkara ini dilihat amat memalukan kerana mahasiswa aktivis di kategorikan sebagai generasi atau golongan intelek yang berpengetahuan luas di mata masyarakat.

Budaya suka membaca di Jepun ini pula, sudah ditanam ke dalam diri anak-anak kecil mereka seawal mereka boleh membaca di peringkat ‘Hoiku-en’ atau ‘Yochi-en’ lagi. Pra-sekolahlah tu. Mereka dibekalkan dengan buku2 cerita, tiap satunya akan ada sekeping muka surat khas di belakang buku, yang dipenuhi gambar yang berulang. Sekali anak itu selesai membaca satu buku, mereka disuruh mewarna satu gambar tadi. Maka berlumbalah anak2 ini membaca sebanyak kali mungkin, sekerap yang boleh, supaya selesai seluruh gambar itu diwarnakan, lalu mereka beralih ke buku yang lain pula.

Sebagai orang Mahasiswa Islam, kita seharusnya peka dengan kekurangan ini. Kerana Islam menggalakkan mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah: “Bacalah…”.Jika kita melihat dalam konteks Sejarah kehidupan sarjana awal Islam suatu masa dahulu, pendedahan mereka adalah tertumpu kepada masyarakat yang banyak membaca.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat: 852H) ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis.

Fairuz Abadi (wafat: 817H) dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.

Imam Syafie (wafat: 204H) dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya. Apabila membaca muka surat sebelah kiri, beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat membaca.

Jadi,seharusnya kita yang selalu di gembar gemburkan sebagai mahasiswa aktivis islam seharusnya lebih peka mengenai budaya membaca.Bagaimana untuk membuat satu perubahan kepada masyarakat jika kita tidak ada ilmu pengetahuan yang luas mengenai kondisi sesebuah masyarakat.Dan pengalaman yang di timba seharusnya di ambil bagi melengkapkan package kita selaku perubah masyarakat.Antara 2 elemen penting yang harus ada iaitu Pengalaman dan Pembacaan. Kempen Membaca yang telah di anjurkan oleh PMRAM pada bulan September yang lepas seharusnya di teruskan secara tidak langsung, bagi mahasiswa yang merasakan kepentingan dalam membudayakan pembacaan.

Belajar mengambil manfaat dalam setiap pembacaan kita.Pastikan kamus sentiasa berada di sisi jika membaca buku dalam bahasa arab.Tidak susah untuk mempraktikkan jika timbul keinginan yang tinggi untuk melakukannya.

P/S : Membaca juga boleh memupuk budaya berfikir secara kreatif dalam melontarkan idea dan pandangan. :)