Golongkan diriku..

Sekadar renungan bersama...


" Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. "
Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang fikiranku.
Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri.
Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.

Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.
Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang.
Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia.
Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri.
Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu.
Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu.
Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan semua itu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa.
Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia.
Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula.

Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung.
Pada ketika itu hati pun berbunga.
Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.
Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub!

Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri.
Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya. Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua.

Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.
Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri.
Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas.

Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas.
Kekadang begitu hati ikhlas ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH.
Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.

Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.

Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.
Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.

Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam. Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya. Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA.

Ketika aku keliru, tunjukkanlah.
Ketika aku lemah, perkukuhkanlah.
Ketika alpa, ingatkanlah.
Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu. Padaku hanya tadbir..
pada-Mu segala takdir.
Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.

Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

Penat di DUNIA..



Minggu jaulah pimpinan PMRAM ke muhafazah...

~ 9hb (Selasa) >>>>> Tanta

~ 11hb (Khamis) >>>>> Mansurah

~ 13hb (Sabtu) >>>>> Zaqaziq

~ 14hb (Ahad) >>>>> Iskandariah

Mohon pinjaman kekuatan dan kudrat dariMU tuhan..

~ thabatkan diri kami diatas jalan redhaMU...

..tinta da`ie..

Kehidupan tidak lari dari suka duka,perit jerih dan susah payah...
Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar
berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah,
menggelar diri sebagai Dai'e,
mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa...
Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara,
mengelak fitnah menimpa..
bersungguh supaya maruah diri terjaga,
Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda,
Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah,
kita terlupa bahawa HATI-HATI itu ada pemegangnya,
yang mengawal tutup buka nya ia...
Membuatkan kita kecewa dan berputus asa,
apabila usaha tidak membuahkan hasilseperti yang dijangka..
Membuatkan kita terlupa,
tugas kita hanya pemberi peringatan,
sedangkan natijahnyadi bawah takdir Allah yang Maha Kuasa.
Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'
hakikat kehidupan seorang da'ie
ibarat tiram di lautan,
dihiris pepasir tercalarlah ia,
sungguh pun terluka tetap dipendam,
sungguh pun pedih tetap disimpan..
Sungguhpun begitu..
hakikat perjuangan harus diteruskan,
berbekalkan secebis semangat dan kekentalan,
hadiah anugerah dari tuhan,
yang hanya dipinjamkan sebagai bekalan,
untuk terus meraih syurga idaman..
dan semoga HATI-HATI ini sentiasa dalam naungan rahmat tuhan..
" YAKIN pada ALLAH bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,YAKIN pada ALLAH bukanlah sekadar keindahan nikmat,tetapi....
YAKIN pada ALLAH adalah meletakkanKEREDHAAN dalam HATI dalam menerima segala ketentuanNYA "
~ Sentiasa mengharap secebis KEYAKINAN dan PETUNJUK dari Tuhan...

" 10 things we waste in our life "



1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it

2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else

5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for pasti deeds.

8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa.

10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.

Only HE knows what`s in all in our heart ~ ~

" Redha Seorang Ibu "

Sekadar perkongsian bersama mengenai kisah seorang anak yang derhaka kepada ibunya..dan artikel ini pun dari ibuku yang tersayang.. : ) Maaf salah silap bu..

"Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n kepala.Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati.
Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka." Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa." Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya." Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi "." Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..Jaimi memulakan ceritanya.
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang." Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak." Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan.Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis." Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu." Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya." RM 20 aja! " si gadis berkata." Tak ada," jawab ibunya." Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras." Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya," Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai." Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas." Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi." Apa pasal," Si ayah bertanya." Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku." Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil." Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat." Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap." Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah." Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis.
Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi." Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus." Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan." Habis anak saya ?" tanya si bapa." Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil." Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi." Aku pun nak pergilah," kata saya.

Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya." Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan." Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya." Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu." Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan." Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.

Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil.

Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Manfaatkan mereka selagi mereka masih bernyawa...!

" rencah kehidupan "


Adakala Allah hilangkan matahari untuk seketika,kemudian hadir pula guruh dan kilat..Puas kita mencari di mana matahari,rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan kepada kita sebuah pelangi yang indah..
Hanya pada setiap inci kejadian alam ada tersembunyi seribu satu jawapan dan hikmah dalam kehidupan..dan sudah cukup membuat kita lebih kuat dalam menghadapi 1001 macam bahasa tuhan yg berbentuk ujian..Terkadang kita manusia hanya melihat apa yang terzahir TANPA mahu menduga dan menilai apa yang tersembunyi disebaliknya..Walaupun kadang-kadang apa yg diduga jauh dari hakikat sebenar..
" bukan semua yang menggembirakan, sudah cukup baik untuk kita,adakalanya ia menjadi punca masalah yg sangat menyusahkan..Dan bukan semua yang kita tidak sukai, tidak baik untuk kita,adakalanya itulah punca kebahagiaan "
Cukuplah dengan ayat-ayat itu menjadi formula dalam hidup kita seperti yang telah tersedia ada tertulis dalam lembaran kitab suci.. (Al-Baqarah : 216 )
Hiduplah dengan sentiasa memandang sesuatu itu dari perspektif yang berbeza-beza.Bukan Allah tidak kasih,tetapi manusia yang sering gagal melihat dan menilai kebaikan yang terselindung..
Kadang-kadang hidup perlu dilalui dengan selamba dengan hanya menganggap semua masalah sebagai perencah..Yang menggembirakan pula sebagai kebetulan agar yang pahit dapat ditelan dan seharusnya tidak perlu dirisaukan..
" kita hanya hamba yang kerdil yang hanya tahu dan mahu merancang perjalanan hidup,namun segala yang dirancang dalam kamus hidup, tidak semestinya akan kita kecapi kerana semuanya telah diprogramkan awal olehNYA untuk kita "
Hadapi aturan hidup dengan SENYUMAN.. : )

Semangat atau Kekuatan ??

Apabila bertanya tentang semangat..Semangatkah diriku utk menghadapi imtihan yg bakal menjelma tidak lama lagi? Dan apabila soalan kekuatan pula diajukan..Masih berbakikah nilaian kekuatan yg lalu? Atau kekuatan itu perlu ku cipta semula..

Dan mengapa kadang-kadang dalam fatrah imtihan ni, dua perkara ini sering hilang entah kemana..Kemana agaknya ia melarikan diri..dan apa yg kuharapkan ianya tidak lari jauh,jauh dari hati-hati insan yg memerlukan..jauh dari jiwa-jiwa makhluk yg menginginkan..kerana dua perkara ini sangat penting untuk disatukan..dan tidak berfungsi salah satu jika ianya tidak saling menyatu..

Dan apa yg pasti,ku akan mencarinya dalam segenap ruang kosongku..ku pasti akan kutemuinya untuk melengkapkan lagi suasana pembelajaranku didalam fatrah yg sememangnya diriku sangat memerlukan dua perkara ini..kerana terkadang dua perkara ini ada tersembunyi didalam setiap jiwa-jiwa hamba..kita manusia hanya mapu untuk berusaha menggali setiap pencarian tersebut,akan kutemukan ia dipersembunyian itu..

Kerana diriku penah terbaca mengenai perkara tersebut, bahawa dua perkara ini mesti menyatu antara satu sama lain..kerana,
Sesungguhnya KEKUATAN itu akan sering hadir jika rasa SEMANGAT dalam diri itu tidak pernah hilang..benarkah begitu? dan yakinlah dengan rasa semangat yg telah dihadirkan..genggamlah ia supaya tidak hilang lagi..dan kekuatan itu harus dicari seiring dengan rasa semangat itu..jangan pernah mmbiarkan rasa semangat itu luntur kembali..

Salam Imtihan! Salam Mujahadah!

Thank You Allah!

Everytime..

You feel like you cannot go on,

You feel so lost..That that you are so alone,

All you is see is night..And darkness all around,

You feel so helpless..You can`t see which way to go,

Don`t despair and never loose hope,

Cause Allah is always by your side,

Insya Allah.. Insya Allah..,

Insya Allah.. You`ll find your way..



Everytime..

You can make one more mistake,

You feel you can`t repent..And that its way too late,

Your`re so confused..Wrong decisions you have made,

Haunt your mind and your heart is full of shame,

Don`t despair and never loose hope,

Cause Allah is always by your side,

Insya Allah.. Insya Allah,

Insya Allah.. You`ll find your way..



Turn to Allah..He`s never far away

Put your trust in Him..Raise your hands and pray



Ooo Ya Allah..Guide my steps don`t let me go astray,

You`re the only one that showed me the way,

Showed me the way 3x



Insya Allah.. Insya Allah..

Insya Allah.. We`ll find the way..


Artist : Maher Zain
Tracks : InsyAllah
Album : Thank You Allah


Khususan untuk ~ Insan2 yg pernah tersungkur di tengah jalan dalam
mencapai sebuah impian..
~ Insan2 yg pernah merasai betapa peritnya sebuah
kehilangan..
~ Insan2 yg pernah diuji tuhan dalam apa jua bentuk2 ujian
yg telah didatangkan..


Ingatlah,bahawasanya...bukan mudah untuk menjadi insan terpilih dalam menerima ujian dariNYA..
bukan mudah untuk dikurniakan kekuatan dan kemampuan yg tinggi dalam menghadapi dugaan dariNYA..
dan juga bukan mudah untuk kita sentiasa berada dibawah naungan dan perhatianNYA..

Kerana....Hanya itu sahajalah syarat utama untuk meraih nikmat syurgaNYA..


Allah berfirman " Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan spt yg dialami org2 terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan diguncang dgn pelbagai cubaan,sehingga Rasul & org2 yg beriman bersamanya berkata, " bilakah dtg pertolongan Allah? " Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat " Al-Baqarah : 214


Moga kita menjadi insan terpilih!