Eratkan hubungan luar..


Kaherah,15 Jun - Satu perjumpaan antara wafidat dari pelbagai negara telah diadakan di dewan bangunan (Rabitah Khirrijiyah Al-Azhar A’lamiah)berdekatan kuliah Ziraa’h Banat di Haiyyu Sabiek.Perjumpaan yang dihadiri lebih kurang 50 mahasiswi tersebut bermula pada jam 11-1petang.

Antara negara yang terlibat adalah sepert Kanada , Malaysia,Indonesia,Thailand,Afghanistan,Palestin dan beberapa negara lain.Kepimpinan HEWI PMRAM PUSAT turut hadir dalam perjumpaan tersebut bagi mewakili wafidat dari Malaysia untuk mengeratkan lagi ukuhuwwah sesama Islam khususnya di kalangan wafidat seluruh dunia.

PMRAM merupakan satu persatuan induk yang global di bumi mesir ini dan mempunyai hubungan luar antara negara -negara lain setelah sekian lama kewujudannya.Oleh itu,kepimpinan HEWI PMRAM PUSAT turut dijemput bagi menghadiri perjumpaan yang khusus untuk mahasisiwi wafidat dalam menghadapi isu-isu yang berkaitan wanita.

Perjumpaan itu telah dihadiri oleh tiga orang wakil dari saf Kepimpinan HEWI PMRAM PUSAT iaitu saudari Ibtisam Mohamad,Saudari Samihah Abdullah dan saudari Nurul Hasanah Yahuza.Pengisian perjumpaan tersebut berbentuk forum ilmiah telah disampaikan oleh Doktorah Sua’ad Soleh yang dijemput khas dari Jamia’til Azhar Lilbanat dan Doktor Saiyyid Mohammad Abdul Fadhil Al-Qausi yang merupakan Naib Rais bagi Rabitah Khirrijiyah Al-Azhar A’lamiah.Forum yang menekankan peranan wanita Islam dalam menangani krisis masyarakat masakini banyak memberi input yang berguna kepada seluruh mahasiswi yang hadir untuk menghadapi cabaran semasa terutamanya berkaitan wanita.

Menurut Doktorah Sua’ad ,wanita merupakan sebahagian daripada lelaki dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain bagi memainkan peranan dalam menyebarkan manhaj Islam ke seluruh dunia.Tambah beliau,dalam menghadapi realiti semasa,syariat tetap diutamakan dengan berpandukan Al- Quran dan As-Sunnah supaya tidak lari dari manhaj Islam yang sebenar. Selain itu,“Al- azhar merupakan institusi yang teragung dalam melahirkan para ilmuan Islam telah membawa manhaj Al- Azhar yang bertepatan dengan realiti semasa dan berpandukan manhaj Islam sebenar dalam semua aspek kehidupan’’ ujar Doktor Saiyyid Mohammad Abdul Fadhil Al-Qausi.

Sesi soal jawab antara panel dan hadirin dibuka sekitar sepuluh minit ketika akhir forum bagi merungkaikan permasalahan persoalan yang ditanya oleh beberapa wafidat yang hadir.Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan oleh pihak penganjur kepada semua wafidat yang terlibat.

p/s: Orang belum habis exam dok diam2 bace buku..huhu :(