CINTA SEMPURNA......!

Duhai insan,
Jangan sesekali kau memetik bintang cinta dari langit kegelapan,
lalu kau sematkan ia dalam hatimu yang majhul hakikat,
kerana ia membawamu ke lubang zulmat..

Jangan sesekali engkau menyeru kata rindu tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan,
kerana ia akan menjadi taufan yang meruntuhkan tugu keperibadian yang sedia berdiri diatas tapak pekertimu..

Cinta itu seperti titisan jernih air hujan yang perlu ditadah di dalam bekas suci,
ditatap atas piring agama hingga memahamkan dirimu hakikat tuhan,
ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti seertinya..

Duhai insan,
Cinta itu satu misteri yang hanya mampu dibiaskan oleh nur illahi..
Hanya yang mengerti amanah khalifatullah akan mampu mengutip nur illahi dan menyelamatkan manusia dari kebutaan cinta nafsu..
Dan seharusnya setiap daripada kita,menanai pekerti al-Khalifah dan menatang cinta yang terkelarai dalam wadah kebenaran..

Barulah nur illahi akan menerangi setiap cebisan rindu,setiap keluhan kesah,setiap sekelumit kasih yang mengguyur dalam jiwa manusia..
Mudah-mudahan segala sengsara duniawi yang terhasil dari mimpi-mimpi manusiawi akan mampu diusir jauh dari realiti..

Duhai insan,
Jika kau benar-benar mahu bahagia,intailah cinta yang tersembunyi dalam kamar al-Khalifah..
Jika bisa kau rebut ia dengan kekuatan kau,capailah semahunya..
Mudah-mudahan resah yang kau tanggung,pilu yang kau usung,pedih yang menghurung,akan sirna dari lubuk kalbu lalu kau peroleh damai abadi..

Dipetik dari novel " Mengintai Cinta Khalifah " yang ditulis oleh A. Ubaidillah Alias..
Yang mengisahkan seorang pemuda yang bernama Imran,tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi.Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur.Dalam diam,jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan.Kerana cinta,dia berusaha mengubah persepsi Laila.Namun,Laila tetap dengan pendiriannya..

Dan ketika itu,hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis.Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda..

Dalam diam,Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran.Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda,adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi ?

Manusia pada hari ini lebih gemar untuk mengejar cinta yang berunsurkan keduniaan.Yang menyebabkan ianya menjadi salah satu faktor jiwa itu rosak.Kerana apa? Ia adalah kerana, sewaktu berusaha mendapatkan cinta itu,Hati sering bimbang..Apabila nyata tidak dapat,Hati merasa kecewa..Dan apabila sudah terbukti cinta itu milik kita,Hati bersuara takut cinta itu luput pula..Dimana sebenar kedudukan kita sebagai hambaNYA ? Dari pembacaan ana melalui novel tersebut,satu yg boleh ana simpulkan ialah kita dapat menyingkap realiti sebenar cinta makhluk dan bagaimana untuk kita membias sesuatu pemberian atau anugerah dari tuhan itu mengikut jalan sebenar untuk menemukan hakikat..Hakikat tuhan tidak mudah untuk digapai,kerana ia memerlukan kekuatan dan usaha-usaha kita dalam mengharungi ujian dariNYA..Sebelum memberi pasti diuji,agar kita lebih menghargai sesuatu pemberian..

Sentiasalah bermuhasabah diri,hanya kerana untuk menggapai cinta illahi......!