Liku-liku Menuju Peningkatan Diri..


PADA adatnya tidak mungkin kita sampai pada lapangan makrifat terhadap Allah SWT apabila kita tidak mahu bermujahadah, tidak mahu melihat kelemahan-kelemahan yang terkandung dalam diri kita, lebih-lebih lagi kelemahan itu berupa penyakit hati.

Oleh itu Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang yang berjuang di jalan Kami, sesungguhnya Kami akan memberi petunjuk mereka itu pada jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang membuat kebaikan.”

“Mujahadah” yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah memerangi hawa nafsu yang mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai dengan sempurna keredaan Allah SWT. Tegasnya, orang-orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak baik bererti ia mendatangkan kekurangan pada peribadinya sendiri. Umumnya tabiat manusia tidak menghiraukan keaiban-keaiban tetapi mengutamakan pada hal-hal yang dianggap baik.

Meskipun sifatnya masih fatamorgana bahkan masih belum apa-apa, sama seperti orang sakit tidak mahu melihat
penyakitnya untuk diubati tetapi perhatiannya lebih dahulu mengarah kepada hal-hal yang harus dikerjakan apabila ia sihat. Manusia yang sempurna dalam berfikir serta sempurna dalam perasaan akan melihat keaibannya lebih dahulu demi untuk mencapai keutamaan yang dicita-citakan.

Ulama tasawuf pernah berkata: “Hendaklah kamu mencari istiqamah dan jangan kamu mencari karamah, kerana sesungguhnya nafsumu menggugatmu mencari kemuliaan, sedangkan Tuhan-mu menuntut kamu dengan istiqamah. Dan sesungguhnya berada di sisi hak Tuhanmu adalah lebih patut dari beradanya kamu dengan keuntungan diri kamu.”

Allah menghendaki agar kita istiqamah pada jalan-Nya dan apabila kita selalu mematuhi kehendak-Nya maka dengan sendirinya Allah akan memberikan kurniaan pula buat kita iaitu keutamaan-keutamaan yang datang apabila amal yang ikhlas telah kita kerjakan. Oleh itu, kita harus mengutamakan hak Allah daripada mendahulukan keuntungan diri dan nafsu kita. Tahukah kalian, jalan apakah bagi kita untuk mengenal segala keaiban-keaiban diri kita dan dapat pula mengatasi semua itu? Imam Al-Ghazali r.a telah menunjukkan jalannya sebagai berikut:


• Hendaklah seseorang itu berada di bawah pimpinan seorang guru, dia dapat melihat kekurangan-kekurangan dan keaiban-keaiban serta penyakit-penyakit murid yang dipimpinnya. Dengan demikian si guru dapat mengeluarkan hukum-hukum atau jalan-jalan apakah yang harus dijalani oleh murid agar penyakit-penyakitnya sembuh.


• Bergaul dengan teman yang mencintai kita dan berhati benar terhadap kita. Bergaul dengan teman itu ertinya, kita dapat diawasi olehnya mengenai hal keadaan kita dan pekerjaan kita. Andainya kita menyimpang dari landasan yang sebenarnya, maka si teman tidak segan-segan menegur dan menasihati.


• Penyakit-penyakit atau keaiban-keaiban orang lain menjadi pengajaran bagi kita, agar kita tidak mengerjakan penyakit-penyakit yang serupa.


• Hendaklah banyak mengambil faedah dari pergaulan sesama kita. Mana yang baik untuk diikuti, maka kerjakanlah. Dan mana yang buruk hindarkanlah, sebab tabiat kemanusiaan anatara satu dengan lain kadang-kadang saling berdekatan.

Demikian Imam Al-Ghazali dalam memberikan tuntutan dan nasihat kepada orang-orang sakit di mana segala penyakitnya itu dapat menjauhkannya dari Allah SWT. Bahkan dapat menjatuhkannya ke dalam kemarahan Allah SWT apabila si sakit tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan selaku hamba terhadap Tuhannya.

Justeru, dalam kita menggali telaga kekurangan dan kelemahan yang terhimpun di dasar diri kita, maka lihatlah akan hikmat yang tersembunyi padanya. Jangan kita mengatakan bahawa Allah Ta'ala itu zalim kerana mengurniakan kelemahan pada hamba-Nya, tetapi renunglah bahawa dengan adanya kelemahan itu menjadikan “taqarrub” kita kepada Khaliq lebih bermakna. Maka sewajarnya kekurangan dan kelebihan yang terkumpul pada diri anak adam iti sisyukuri untuk menzahirkan rasa kehambaan dan kecintaan kepada Pencipta.


~ Menilai diri dengan kacamata seorang hamba..

Jumaat bersama MKKK

Haiyyu Sabik, 25 MacMuzakarah Berkelompok Majlis Kebajikan Keluarga Kedah MKKK yang juga di kenali dengan nama SOLUSI (Soul and Love Series) siri II berjaya diadakan pada hari Jumaat bersamaan 25 Mac bertempat di Asrama Darul Aman, Haiyyu Sabik yang juga turut dihadiri HEWI angkat BKAN tersebut Saudari Siti Fathiyah Mohd Razi.

Program tersebut bermula seawal jam 7.30 pagi untuk pendaftaran dan seterusnya pengisian yang telah diberikan oleh Ustaz Syazril Hanis Bin Silmi selaku pemangku Timbalan Yang Dipertua MKKK yang bertajuk ‘Pengaruh Akidah Dalam Masyarakat’. Serta turut di selangseli dengan persembahan dari setiap ahli – ahli liqa`.

Sebelum program berakhir, HEWI MKKK sempat menjemput Saudari Siti Fathiyah Mohd Razi selaku HEWI angkat untuk memberi sedikit ucapan atau peringatan kepada ahli yang hadir. “ Kehadiran ahli dalam muzakarah berkelompok haruslah diambil berat untuk melihat keberjayaan sesebuah persatuan. Jika mengharapkan pertemuan bersama Pencipta, kita umat manusia dianjurkan untuk sentiasa membuat amal kebajikan dalam setiap perkara seperti yang Allah telah sebutkan pada penghujung ayat Surah Al-Kahf. Dan mengambil manfaat dari setiap amal kebajikan seperti bantu membantu dalam aktiviti muzakarah berkelompok tersebut” ujar beliau mengakhiri program tersebut.

Kepimpinan HEWI sentiasa mengharapkan kesatuan anak-anak Kedah semakin kukuh untuk masa yang akan datang dengan kehadiran yang memberangsangkan sebagai permulaan dalam program SOLUSI siri II kali ini.

~ Nanti leh la jemput lagi... :)

Kembal lagi...Ekspedisi HEWI!

Bagi anda yang berminat untuk mengembara dan sukakan aktiviti yang mencabar dan lasak, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami dalam satu ekspedisi iaitu Ekspedisi HEWI '11 - Ekspedisi HEWI Menawan Puncak Sinai 2011.

Pendaftaran masih lagi dibuka sehingga 31 Januari 2011 ini. Makluman mengenai bayaran dan tarikh program akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Jom bersama kami menghayati sirah-sirah perjuangan golongan terdahulu disamping melakukan pelbagai aktiviti yang seronok dan mencabar. Semuanya bakal anda temui di dalam Ekspedisi HEWI '11.

Pendaftaran boleh dibuat kepada Unit Sambutan dan Rehlah PMRAM Cawangan masing-masing.Mari mendaftar segera.Cepat sebelum terlambat..!!

" Meladeni Sirah Memacu Ummah "

" Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah "

Hidupnya Syuhada` itu..


Banyak ayat-ayat Allah terbukti di Perang Gaza. Karamah Allah turun untuk membantu orang yang membela agamanya. Itu yang dialami oleh mujahidin Palestin, para syuhada Gaza. berikut data-datanya:

1. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Darurat dan Departmen Kesihatan di Gaza menceritakan:

“Syuhada yang meninggal berhari-hari, bahkan berminggu-minggu masih menitiskan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut…”

Subhanallah….

2. Syahid ‘Iyan berkata: “Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun keadaan tubuhnya hancur, darahnya masih segar.”

3. Beberapa doktor Jordan yang menjadi sukarelawan di Gaza memberi bukti:

Dr Hisam Az Zighah memberi bukti itu di acara Festival Ikatan Doktor Yordan beberapa hari yang lalu. Kepada wartawan Hisam menunjukkan bukti iaitu sebutir peluru, Al-Quran serta buku kumpulan doa-doa, Hishnul Muslim.

Semasa itu datang seorang mujahidin yang cedera di hospital As Syifa’. Doktor-doktor tersebut melakukan pemeriksaan. Doktor itu dikejutkan dengan sebutir peluru yang ditemui di dalam kocek pejuang tersebut.

4. Ada lagi pengakuan Abu Qudamah, salah seorang komandan lapangan Hamas di wilayah Timur Az Zaitun, Kota Gaza:

“Saya dan beberapa mujahidin mengintai kereta kebal Israel. Kami berdoa agar Allah menurunkan tentaraNya dari langit membantu kami. Mendadak turunlah awan tebal menyelimuti kawasan kami. Kami menyelinap di antara puluhan kereta-kereta kebal itu tanpa diketahui oleh musuh. Anehnya tidak terlihat oleh kapal-kapal terbang pengintai yang lalu-lalang di udara. Kami mampu meletupkan tangki kereta-kereta kebal itu, akibatnya 5 orang tentera Israel mati dan berpuluh-puluh yang lain cedera.”

Ketika kapal terbang-kapal terbang Israel membedil bom di salah satu kota Gaza, turunlah hujan lebat di wilayah itu saja. Pesawat-pesawat itu tergendala berjam-jam dan tidak boleh meneruskan pengebomannya..

5. Syeikh Abu Bilal di perkemahan Rafah menuturkan:

“Kamu jangan mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui.” Al Baqarah:154.

Allah swt. berfirman:

Beliau menambahkan bahawa “Jasad para syuhada masih segar, kerana roh mereka selayaknya memakan buah di syurga, ini juga yang menyebabkan semerbaknya bau wangi. Darah masih segar, janggut tumbuh. Sebagian syuhada yang dua tahun lamanya, atau berpuluh tahun bahkan beradab-abad tidak rosak jasadnya dan tidak dimakan oleh cacing tanah.”

Wangi semerbak minyak kasturi juga keluar dari jasad perajurit Al Qassam, Muhammad Abu Sya’r. Mereka adalah sebahagian mangsa serangan bom kapal terbang Israel. Bau harum itu tercium oleh orang yang menjumpainya. Khabar kesyahidannya tersebar ke semua pelosok masjid.

Para pemuda masjid ramai datang untuk melihat. Mereka bertahmid, bertahlil dan bertakbir mengagungkan Asma Allah atas keajaiban para syuhada.

6. Petugas perubatan menceritakan, kami berangkat untuk menolong orang yang luka-luka di sebelah Utara Gaza, ketika itu tentera Israel menembak sekeliling kaki kami. Kami katakan:

“Kenapa kalian melakukan ini, kami bukan tentara, kami tidak bawa senjata apalagi bom.”

Salah seorang tentara Israel berteriak: “Kalian orang Arab, kalian memakai pakaian putih, kalian malaikat, kalian berperang bersama Hamas.”

7. Ada juga tentara Israel sedang diwawancara oleh media Israel, ia mengatakan ianya kehilangan penglihatan kerana seorang pemuda telah melemparkannya dengan segenggam debu. Pemuda itu berbaju putih. Seketika itu buta.

8. Tentara Israel lainnya menceritakan, bahawa mujahidin memberikan perlawanan memancing mereka dalam banyak pertempuran laksana memancing ayam dan itik.

Pengakuan tentara Israel yang lain, ia melihat tentara Israel terluka dan ditembak dari arah kanan dan kiri. Bingung, tidak dijumpai dan tidak diketahui dari mana tembakan itu berasal.

9. Sejumlah wartawan yang melaporkan perang di Gaza menceritakan, kami bersembunyi dari bom. Ketika situasi reda, kami dikejutkan oleh seorang yang keluar dari runtuhan bangunan sambil membawa pelancar roket. Dia hadir, menyerang dan menghilang, seperti ditelan bumi.

Demikian, Allah SWT telah menampakkan ayat-ayatnya, melalui para pejuang yang ikhlas dan taat. Allah pasti selalu memberi perindungan kepada hamba-hambaNya yang membela agamanya. Janji Allah datang bersama kesabaran. Allah tak akan mengingkari janjinya!

Ruh kekuatan Srikandi itu..


Khalid Al Walid panglima perang gagah berani
Dia tertanya2 siapakah gerangannya si baju hitam pekat
Yang menghunus pedang di medan jihad

Kelibat itu tidak gentar,
terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan
Satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam

Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri

Khalid Al Walid terus memacu kuda kearah pejuang itu,

Di fikiran tertanya2 siapakah gerangannya,

Langkah pejuang misteri berani, menggerunkan pihak musuh.

Menghunus pedang dan tombak tidak gentar,

Wahai tentera Islam, majulah, berjuanglah membantu pejuang agama Allah ini, perkuatkanlah kesusukan orang yang sendirian itu-Khalid Al Walid

Pejuang misteri dikepung musuh,

Dia terus berperang dan berperang,

Kembali dia kepada tentera Islam kuyup dengan basahan darah,

“Allahu Akbar!” Pekik tentera Islam semuanya

Mereka menghampiri pejuang misteri itu.

“Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang telah membela agamanya dan menentang orang musyrik habis-habisan. Tolong bukakan tutup muka kamu,” kata mereka.

Pejuang misteri itu tidak menjawab,

dia terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh,

Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”

“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah,”

Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah rupanya milik seorang wanita berani dan bersemangat tinggi

Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir. Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain.

Sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar.

Namun, Khaulah hampa, saudaranya tidak ditemui,

“Wahai saudaraku, di manakah kau berada, di gurun manakah mereka melemparkanmu. Andaikata aku tahu di mana engkau berada sekarang pasti aku datang. Salamku buat dirimu saudaraku. Sampai kita berjumpa nanti.”

Menangislah seluruh pasukan Islam mendengar ratapannya itu.

Setiap orang bertekad untuk menebus air matanya.

Dengan takdir Allah datang serombongan pasukan Rom menuju kea rah mereka.

Khaulah, Khalid dan seluruh pasukan tentera Islam bersiap.

Tetapi rombongan itu menjatuhkan senjata mereka; mereka meminta damai.

Permintaan itu diterima secara bersyarat.

Khalid bertanya kepada ketua rombongan itu tentang

Dhirar bin Azwar.

Ia berkata bahawa Dhirar telah berjaya menewaskan seorang putera raja dan sejumlah besar pasukan mereka, lalu mereka menghadapinya bersama-sama. Ia dapat ditangkap dan dikirim kepada raja mereka untuk dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dhirar ditawan dan dihantar ke Rom dengan pengawalan seratus tentera berkuda. Tetapi perjalanan itu jauh dan ini menggembirakan Khalid. Dengan segera ia memanggil Rafi bin Umairah kerana ia arif dengan kedudukan padang pasir dan lagi ia adalah seorang yang bijak dalam mengatur siasah dan teknik peperangan.

Khaulah terdengar berita tentang penyerangan itu lalu segera ia memakai baju besi, mengambil pedangnya dan menggenggam tombaknya lalu meminta kepada panglima Khalid agar dia dibenarkan ikut bersama.

Pasukan itu berangkat, mereka mengambil jalan pintas dan akhirnya bertemulah mereka dengan pasukan musuh itu. Ketika rombongan itu sudah dekat ternampaklah Khaulah akan abangnya, Dhirar, sedang dikawal ketat oleh musuh-musuh itu. Dan dengan itu Khaulahpun bertakbir. Takbirnya disambut oleh pasukan berkuda yang lain maka bergemalah lembah itu dengan takbir, “Allahu Akbar!”

Allah s.w.t mendengar takbir itu, lalu didatangkanNya bantuan ghaib dari Rijalullah iaitu tentera-tentera Allah dan akhirnya kemenangan pasti berada di pihak yang benar. Khaulah segera mendapatkan Dhirar dan tentera-tentera Islam merampas semua yang dibawa oleh musuh dan kemudian pulanglah mereka kepada Khalid Ibnu Walid.

Khaulah Azwar..

Khaulah Azwar namanya kudengar penuh kekaguman. Aku ingin menjadi sepertinya, berjuang, berani dan tidak gentar. Sebagaimana Zainab al Ghazali juga Ayatul Akhras berani menegakkan Dinullah walau terpaksa bergadai nyawa, begitu juga Asiah mahupun Sumayyah, tidak lupa Masyitah. Perjuangan juga tidak menghalang kami untuk menjadi selembut Khadijah mahupun Aisyah.
Insya-Allah...^^

~ Sering mengintai kekuatan srikandi acuan illahi ~

Nawaitu Motivasiku!


Kecemerlangan seorang pelajar terletak pada niatnya.

Sedar atau tidak, motivasi kita ketika belajar di dalam kelas sebenarnya di pengaruhi oleh niat kita di dalam hati.

Niat di hati adalah penggerak motivasi.

Tanya diri kita, apa niat kita pergi ke kuliah?

Untuk apa kita ke kuliah? Sebab apa kita masuk ke kuliah? Soalan-soalan ini akan dapat merungkai apa nawaitu kita sebenarnya.

Apabila kita meletak niat ke kuliah

kerana mahu mencari serta menimba ilmu,

mahu membina kecemerlangan

atau mahu membina masa depan lebih baik untuk kita dan keluarga,

niat itu akan mendorong kita untuk mahu mencapai kecemerlangan

dalam mata pelajaran yang kita ambil.

Niat yang ‘kecil’ mampu memberi impak amat besar buat diri serta masa depan kita..

Jadi,ayuh penuhi masa kita dengan menghabiskan pembacaan kitab kuliah..NOTA + STUDY GROUP jangan di lupa..

“Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta KEINGINAN ke arah kecemerlangan itu”. – Rusdin S. Rauf, penulis buku Quranic Law Of Attraction.

p/s : Jom upgrade diri demi sebuah kejayaan!Ku cari Destinasi itu ~


Tuah si pembaling kasut...

Masih ingatkah kalian kepada Muntazar al-Zaidi?Beliau merupakan wartawan Iraq yang telah membaling kasut kepada bekas Perdana Menteri US George W Bush pada satu sidang akhbar di Iraq..Pada 14 Disember 2008, Zaidi menjerit “This is a farewell kiss from the Iraqi people, you dog” kemudian melemparkan kasut kepada Bush.

Setelah dipenjara selama 9 bulan, Zaidi telah bebas dengan hadiah menarik menantinya iaitu sebuah rumah dengan 4 bilik tidur yang merupakan hadiah dari pejabat Zaidi bekerja, Al Baghdadia TV.

Bukan hanya itu, sebuah kereta baru hadiah dari orang tak dikenali juga telah menanti Zaidi. Itu belum termasuk wang yang dikirim oleh para dermawan, beberapa tawaran bernikah, dan tawaran penjagaan kesihatan yang ditujukan kepadanya.

Para editor Al Baghdadia TV mengatakan mereka telah menerima banyak permintaan dari perempuan yang hendak menikahi Zaidi. Selain itu banyak pula datang tawaran harta benda seperti wang, kereta, hingga kuda berpelana emas dari Morocco. Seorang warga Arab bahkan bersedia membeli kasut Zaidi seharga USD 10 juta.

Seorang petani Palestin berusia 75 tahun yang tinggal di Tepi Barat, Ahmad Jouda, rela menjual sebagian kambingnya dan mengumpulkan puluhan ribu dolar dari saudaranya untuk menyokongZaidi. Dia juga menawarkan Zaidi untuk menikah dengan salah seorang saudara perempuannya.

Berbagai tawaran itu dimulai tahun lalu ketika seorang dari Mesir bernama Saad Gumaa menelefon keluarga Zaidi dan menawarkan anak perempuannya yang berusia 20 tahun, Amal Saad Gumaa, untuk dinikahi Zaidi. “Saya ingin tinggal di Iraq. Apalagi kalau saya boleh bersama dengan pahlawan ini (Zaidi)…Itu adalah suatu kehormatan bagi saya,” kata Amal.

Mantan Presiden AS George W Bush memang tidak disukai di dunia Arab. Para analisis berpendapat, banyak warga Arab yang beranggapan dengan tindakannya itu Zaidi telah mewakili mereka mengekspresikan kemarahan, hal yang tidak berani dilakukan oleh para pemimpin politik tempatan.

Kesan berdakwah bukannya esok lusa..

Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.



Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Sama-sama kita hayati dari contoh cerita tersebut seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ad
a ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu? sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar
ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?

Permintaan apa itu wahai tuan?

Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah me
madai, Boleh?Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh? Tanya Ahmad penuh keraguan.

Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk d
an terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan? Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut pend
uduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menuanikan solat subuh secara berjemaah di masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya : "Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh ? " Ahmad menjawab dengan yakin : "Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini

"Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu"

Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.

Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan

Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya? Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad? Tanya Syeikh meminta kepastian.

Ya benar Tuan

Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”
Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya

Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang.
Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata.
Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.
Lari daripada jalan kebenaran. Jadilah kita dalam golongan orang-orang yang bersabar.
Cabaran kita tidaklah sehebat cabaran Nabi SAW, kita hanya membawa Islam yang sedia ada, bukan menyampaikan seperti Nabi SAW.
Di mana pada zaman Nabi SAW, susahnya untuk berdakwah. Macam MULTILEVEL MARKETING, nak percaya ke kita tanpa bukti yang nyata? Betul ke jadi cam tu?Boleh jadi kaya? Tapi ana yakin, jika kita sabar dan ikut islam, KITA YANG PALING KAYA!!!