Jumaat bersama MKKK

Haiyyu Sabik, 25 MacMuzakarah Berkelompok Majlis Kebajikan Keluarga Kedah MKKK yang juga di kenali dengan nama SOLUSI (Soul and Love Series) siri II berjaya diadakan pada hari Jumaat bersamaan 25 Mac bertempat di Asrama Darul Aman, Haiyyu Sabik yang juga turut dihadiri HEWI angkat BKAN tersebut Saudari Siti Fathiyah Mohd Razi.

Program tersebut bermula seawal jam 7.30 pagi untuk pendaftaran dan seterusnya pengisian yang telah diberikan oleh Ustaz Syazril Hanis Bin Silmi selaku pemangku Timbalan Yang Dipertua MKKK yang bertajuk ‘Pengaruh Akidah Dalam Masyarakat’. Serta turut di selangseli dengan persembahan dari setiap ahli – ahli liqa`.

Sebelum program berakhir, HEWI MKKK sempat menjemput Saudari Siti Fathiyah Mohd Razi selaku HEWI angkat untuk memberi sedikit ucapan atau peringatan kepada ahli yang hadir. “ Kehadiran ahli dalam muzakarah berkelompok haruslah diambil berat untuk melihat keberjayaan sesebuah persatuan. Jika mengharapkan pertemuan bersama Pencipta, kita umat manusia dianjurkan untuk sentiasa membuat amal kebajikan dalam setiap perkara seperti yang Allah telah sebutkan pada penghujung ayat Surah Al-Kahf. Dan mengambil manfaat dari setiap amal kebajikan seperti bantu membantu dalam aktiviti muzakarah berkelompok tersebut” ujar beliau mengakhiri program tersebut.

Kepimpinan HEWI sentiasa mengharapkan kesatuan anak-anak Kedah semakin kukuh untuk masa yang akan datang dengan kehadiran yang memberangsangkan sebagai permulaan dalam program SOLUSI siri II kali ini.

~ Nanti leh la jemput lagi... :)